Watak antagonis dalam Sheriff bawa tuah, Elizabeth Tan bolos 5 terbaik Pelakon Pembantu Wanita Terbaik FFM33

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

PENYANYI dan pelakon Elizabeth Tan mencuri perhatian apabila tersenarai dalam Top 5 kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-33 (FFM33). 

Pencalonan terbabit adalah hasil lakonannya menerusi watak antagonis dalam filem Sheriff yang berjaya menonjolkan sisi berbeza daripada perwatakan lembut dan sopan yang sinonim dengan dirinya.

Elizabeth,31, berkata, pencalonan sebagai Top 5 adalah hadiah yang cukup bermakna dan sesuatu yang di luar jangkaan. 

“Saya tak sangka watak antagonis yang saya lakonkan dalam Sheriff akan meninggalkan kesan mendalam kepada penonton dan juri. 

“Sebagai pelakon, saya selalu ingin mencabar diri untuk keluar dari zon selesa, dan watak ini memberi saya peluang untuk berbuat demikian.

“Jujurnya pencalonan ini sangat bermakna bagi saya kerana ia tanda industri mengiktiraf saya sebagai seorang pelakon dan menjadi impian saya selama ini. 

“Ramai orang masih melihat saya sebagai seorang penyanyi dan menganggap lakonan ini sekadar suka-suka, tetapi pencalonan ini adalah satu pengiktirafan yang saya sebenarnya juga seorang pelakon.”katanya kepada URTV.

Menurut Elizabeth, dia menyifatkan pencalonan itu sebagai satu penghormatan besar, apatah lagi bersaing dengan nama-nama besar dalam industri filem.

“Saya sangat kagum dengan pelakon lain dalam kategori ini. Semuanya hebat-hebat belaka, dan berada dalam kalangan mereka adalah sesuatu yang saya hargai. 

“Empat calon lain mempunyai kelebihan tersendiri dan saya akui sangat kerdil untum berdiri sebaris mereka.

“Menang atau kalah saya tidak mahu ambil kisah kerana apa yang lebih penting adalah meraikan kejayaan setiap pemenang pada penganjuran kali ini,” ujarnya.

Mengetengahkan tema Evolusi Sinema Malaysia atau FFM 33 akan bersiaran secara langsung pada 7 Disember ini di Auditorium Seri Angkasa, Angkasapuri Kota Media.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Karyawan tuntut kerajaan ambil alih kutipan royalti, mahu tamatkan kemelut 2 dekad

PERSATUAN Artis Malaysia (Karyawan) secara rasmi menuntut Kerajaan Malaysia untuk campur tangan dan mengambil alih kawalan sepenuhnya ke atas...

More Articles Like This