Jangan bandingkan Zim Zim Ala Kazim dengan filem bajet jutaan ringgit – Mawi

Dari Penulis

SYARIKAT produksi Mawi World Entertainment telah menghasilkan sebuah filem berjudul Zim Zim Ala Kazim yang mengisahkan tentang seorang pendakwah dan penceramah bebas, Datuk Kazim Elias, yang menghadapi cabaran apabila terkena penyakit misteri.

Penggambaran filem ini berjalan lancar selama 15 hari, dan Mawi menjelaskan bahawa tiada pemotongan yang berlaku. Lembaga Penapis Filem meluluskan penuh filem ini untuk ditayangkan di pawagam.

“Penggambaran dilakukan selama 15 hari di kawasan sekitar rumah penceramah itu sendiri di Kampung Manjoi, Perak,” kata Mawi.

“Dengan bajet yang sangat kecil, RM600,000, saya berharap selepas anda menonton filem ini, anda tidak membandingkan cerita ini dengan Sheriff yang berbajet enam juta ringgit.

“Apa yang penting, kita ada Ustaz Kazim sebagai ‘hero’ yang sangat bernilai, bahkan tidak ternilai,” katanya.

Tambah Mawi, jalan cerita ini memaparkan kira-kira 70-80 peratus kisah sebenar Ustaz Kazim.

Mawi, yang juga penerbit dan pengarah filem itu, berharap agar penonton dapat menghebahkan lagi kepada mereka yang ingin menonton bermula 13 Jun.

“Berdasarkan kajian saya, pengikut Ustaz Kazim kebanyakannya berumur 40 tahun ke atas yang terdiri daripada jemaah masjid, surau, dan tabligh.

“Jadi, mungkin perkara ini boleh menjadi trend baru di mana orang masjid pergi tengok wayang.

“Ada yang berpendapat bahawa pergi tengok wayang adalah satu dosa besar. Saya tidak menolak pandangan sebegitu, cuma kita nak mengajak geng masjid dan surau untuk lepak wayang tengok cerita Ustaz Kazim.

Tambah Mawi, sebagai penerbit filem, ini adalah satu cabaran bagaimana nak tarik pasaran orang surau masuk ke panggung wayang dan mengubah persepsi bahawa panggung wayang adalah tempat maksiat semata.

Filem Zim Zim Ala Kazim mula ditayangkan di pawagam seluruh negara sejak 13 Jun lalu.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Amad pindah ke Kuantan… Saerah sedih, tak tidur malam

Hati ibu mana tidak sedih apabila terpaksa berpisah dengan anak. Ibu serta pengurus penyanyi remaja, Amad Dayyan iaitu Saerah Taruddin...

More Articles Like This