Bunuh juruwang: Wanita China ditahan bantu siasatan

Dari Penulis

SEORANG wanita warga China ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes juruwang restoran yang maut ditikam di sebuah pusat beli-belah dekat Cheras, pada 29 November lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, sepasukan Polis dari Bahagian Siasatan Khas (D9), IPK Kuala Lumpur telah menahan suspek pada pukul 4.30 petang semalam.

“Suspek berusia 34 tahun itu ditahan di hadapan sebuah kedai serbaneka di KL Sentral

“Permohonan reman terhadap suspek akan dibuat hari ini,” katanya dalam kenyataan.

Jelasnya, polis masih mengenal pasti motif kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Rusdi berkata, hasil bedah siasat pada 30 November mendapati punca kematian mangsa disebabkan kecederaan pada paru-paru kiri dan pendarahan.

“Tangkapan awal seramai tujuh suspek iaitu membabitkan dua lelaki warga China, empat warga Myanmar termasuk dua wanita dan seorang lelaki tempatan akan tamat reman esok.

“Permohonan untuk sambung reman akan dilakukan esok,” katanya.

Sebelum ini, seramai 10 individu dirakam keterangan bagi membantu siasatan kes ini.

Seorang wanita berusia 49 tahun disahkan meninggal dunia akibat beberapa kesan tikaman dipercayai menggunakan senjata tajam.

Kejadian tersebut menyebabkan mangsa mengalami empat hingga lima kesan tikaman pada badannya.

Senjata yang digunakan dalam kejadian itu juga belum ditemui dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti motif pembunuhan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: Kempen makin panas, billboard calon PH dirosakkan pihak tertentu – Nie Ching

KEHANGATAN Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semakin terasa apabila beberapa insiden sabotaj terhadap kempen calon Pakatan Harapan (PH) dilaporkan...

More Articles Like This