Jelajah Dunia: Lee Zii Jia, Aaron-Wooi Yik lepasi halangan pertama, Pearly-Thinaah terkandas

Dari Penulis

PEMAIN perseorangan negara, Lee Zii Jia menunjukkan aksi garang selepas menewaskan pemain Chinese Taipei, Chou Tien Chen 21-13, 21-15 dengan straight set dalam perlawanan pembukaan Kumpulan A Jelajah Dunia Akhir BWF di Hangzhou, China, hari ini.

Pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024 itu menunjukkan permainan yang tenang tetapi agresif apabila dia berjaya menewaskan lawan dengan pukulan smash kencang dan pukulan mengelirukan di hadapan jaring.

BEREGU lelaki nombor satu negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik – GAMBAR: Majlis Olimpik Malaysia

Zii Jia berkata, selepas gagal melayakkan diri dalam dua edisi terakhir sebelum ini, dia mahu memastikan penampilan kali ini berakhir dengan noktah kejayaan.

“Secara jujurnya, saya masih rasa kecewa kerana tidak dapat layak dalam dua edisi terakhir. Tapi sekarang, saya berada di sini dan cuba capai sesuatu yang bermakna,” kata Zii Jia kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Mengiringi Zii Jia adalah pasangan beregu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang menewaskan lawan mereka dari China, He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam perlawanan yang sengit walaupun pada awalnya seakan-akan pemain dari China itu dapat mengawal perlawanan.

Selepas tewas 17-21 dalam set pertama, pasangan utama negara itu menunjukkan semangat juang yang kental di hadapan penyokong lawan dalam set kedua untuk memenangi perlawanan dengan mata 21-18 dan seterusnya mengheret perlawanan ke set penentuan.

Dalam set ketiga, pasangan China yang agak tertekan melakukan banyak kesilapan sehingg dikenakan kad kuning ketika melewat-lewatkan permainan dan seterusnya membolehkan Aaron-Wooi Yik menamatkan perlawanan dengan mata 21-15.

Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi pasangan wanita utama negara, Pearly Tan-M Thinaah apabila tewas kepada pasangan Jepun, Nami Matsuyama-Chiharu Shida di Hangzhou hari ini.

Pasangan nombor enam dunia itu terpaksa akur dengan kehebatan gandingan Jepun yang juga menduduki ranking keempat dunia, selepas tewas 13-21, 21-17, 21-18 dalam saingan Kumpulan A yang berlangsung selama 74 minit.

Pasangan campuran negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei juga layak ke pusingan seterusnya selepas menewaskan satu lagi pasangan negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai 11-21 21-10 21-14.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Isu pemain naturalisasi: FAM sedang perkukuh aspek tadbir urus

PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) sedang memperkukuh aspek tadbir urus, bertujuan untuk meningkatkan lagi tahap integriti dan kredibiliti bola sepak...

More Articles Like This