
DUA pemain badminton utama negara, Lee Zii Jia serta pasangan Aaron Chia dan Soh Wooi Yik meneruskan rentak kecemerlangan mereka di bumi Hangzhou, China apabila menumpaskan lawan masing-masing dalam perlawanan kedua kejohanan Jelajah Dunia Akhir BMF malam ini dan seterusnya layak ke separuh akhir.
Zii Jia yang menunjukkan aksi garang semalam selepas menewaskan pemain Chinese Taipei, Chou Tien Chen 21-13, 21-15 dengan straight set juga mengulangi senario yang sama apabila menentang pemain nombor dua dunia, Anders Antonsen dalam perlawanan hari ini.
Pemain nombor satu negara itu menewaskan musuh tradisi dan juga rakan baiknya, Antonsen dengan keputusan straight set 21,14-21,19 dalam permainan yang menyaksikan kedua-dua pemain menunjukkan aksi menarik dengan mencatatkan mata yang tidak jauh ketinggalan.
Bagaimanapun Zii Jia berjaya mengejar Antonsen selepas rehat interval mata ke-11 dan menyebabkan pemain dari Denmark itu seakan-akan kehilangan idea dan melakukan kesilapan demi kesilapan serta seterusnya membolehkan anak Kedah itu memperoleh kemenangan 21-14.
Pada set kedua, Antonsen berjaya mendahului pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024 itu dengan 11-7 dan sekali lagi Zii Jia berusaha mengejar mata demi mata untuk memintas lawannya dan seterusnya mencatat kemenangan 21-19.
Sementara itu, pasangan nombor satu negara, Aaron-Wooi Yik berjaya menewaskan pasangan dari Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto 19-21, 21-14 dan 21-15 dalam masa 58 minit di Hangzhou sebentar tadi.
Aaron dan Wooi Yik menumbangkan beregu pilihan kedua tuan rumah, He Jiting-Ren Xiangyu, semalam dan kemenangan kali ini memastikan kelayakan mereka ke peringkat empat terbaik meskipun berbaki satu perlawanan.
Bagaimanapun, ia bukanlah tugas mudah, terutama dalam set pertama, di mana mereka tewas tipis 19-21.
Kebangkitan gandingan negara itu bermula dalam set kedua untuk mereka selesa mendahului 20-13 sebelum mengheret permainan ke set penentuan dengan kemenangan 21-14.
Skrip hampir sama berlaku dalam set ketiga apabila Aaron dan Wooi Yik tidak pernah ketinggalan sejak awal permainan untuk menoktahkan kemenangan 21-15 selepas secara keseluruhan bertarung selama 58 minit.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

