KEMENTERIAN Kerja Raya (KKR) sedang melaksanakan kerja-kerja bagi mempersiapkan jalan dan lebuh raya untuk penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN 2025.
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata antara kerja terbabit ialah pembaikan jalan serta infrastruktur di sepanjang laluan yang akan dilalui kenderaan protokol dan orang kenamaan.
“Kerja-kerja sudah dimulakan menggunakan peruntukan khas sejak sebulan atau dua bulan lepas.
“Di bahagian KKR, kita lebih kepada (memastikan) jalan raya di sepanjang laluan protokol berada dalam keadaan terbaik,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Larian Malam Budaya@Jambatan Kedua Pulau Pinang (CNR) 2025 di sini hari ini.
Ketika berucap pada majlis itu, beliau turut mencadangkan agar penganjur CNR 2025 iaitu Lembaga Lebuhraya Malaysia menukar nama acara berkenaan kepada Larian Malam Budaya ASEAN bagi melambangkan pemilihan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN.
CNR 2025, yang merupakan edisi keempat larian tahunan di Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, menggabungkan pelbagai kategori, persembahan kesenian dan kebudayaan bagi mempamerkan budaya masyarakat majmuk di Malaysia.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

