Habib raikan Tahun Baru Cina 2025 dengan keharmonian & kemakmuran yang bermakna

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

DALAM menyambut Tahun Baru Cina yang penuh bermakna, HABIB dengan bangga melancarkan kempen sempena perayaan ini. Bermula 3 Januari sehingga 2 Februari 2025, menjemput para pelanggan untuk menerokai koleksi baharu yang menakjubkan, termasuk Oro Italia 916, berlian, batu permata dan barangan eksklusif edisi terhad emas 999, untuk pelanggan meraikan musim perayaan ini dengan kesejahteraan dan kebahagiaan.

Tema kempen Tahun Baru Cina 2025 mengetengahkan simbolisme empat musim dalam setahun dan bunga-bunga yang melambangkan keunikan tersendiri. Dari bunga orkid di musim bunga yang melambangkan permulaan yang baharu, hingga ke bunga ume (plum blossom) di musim sejuk yang mencerminkan kekuatan dan keanggunan, kempen Tahun Baru Cina HABIB menggabungkan musim-musim ini dengan warna-warna yang melambangkan tuah dan simpul infiniti, yang bukan sahaja menggambarkan hubungan yang kekal di antara keluarga dan orang tersayang, malah kebijaksanaan, kasih sayang, interaksi, dan keberuntungan yang melimpah.

Raikan tahun baru dengan kemakmuran dan gaya elegan melalui koleksi Oro Italia 916. Dengan kilauan seperti berlian dan rekaan kontemporari, setiap karya dihasilkan dengan ketelitian dan sentuhan halus daripada artisan Itali yang berpengalaman, melengkapkan gaya perayaan anda dengan kilauan yang mempersona.

Serikan Tahun Baru Cina dengan koleksi barangan kemas 999 (24 karat) HABIB yang memukau. Dihasilkan dengan teknik emas 5G dan 5D yang terkini, dimana koleksi yang memukau ini bukan sahaja memberikan penampilan yang menarik dan menawan, tetapi juga pelaburan yang berharga, dengan gabungan kecantikan dan ketahanan yang luar biasa.

Bagi mereka yang mencari sentuhan moden, HABIB menawarkan koleksi berlian dan batu permata yang direka khas untuk memenuhi citarasa generasi masa kini. Gayakan pakaian dan barangan kemas baharu sebagai tanda permulaan yang baharu. Serlahkan penampilan melalui rekaan yang menonjol atau pilih gaya minimalis untuk melengkapkan gaya harian. Dengan pelbagai batu permata yang berkilauan, pelanggan dapat meraikan tahun baru dengan penuh gaya dan keanggunan.

HABIB turut menawarkan Syiling Wafer Emas 999.9 Edisi Empat Musim yang didatangkan dalam empat rekaan unik dengan harga RM138 seberat 0.2 gram setiap satu, atau RM552 untuk satu set.

Syiling Wafer Emas 999.9 ini boleh didapati di semua bilik pameran dan boleh dijadikan alternatif untuk angpau atau hadiah istimewa untuk yang tersayang.

Sempena tahun ular, HABIB memperkenalkan wafer emas 999.9 edisi terhad Golden Fortune. Di inspirasi dari kebijaksanaan, transformasi, dan intuisi, rekaan indah ini dipadankan dengan beg keberuntungan, untuk kemakmuran yang berterusan. Ianya boleh didapati secara eksklusif di platform e-dagang dengan harga RM138 setiap satu.

Kempen ini akan berlangsung di semua bilik pameran HABIB seluruh negara dan di semua platform e-dagang HABIB bermula dari 3 Januari hingga 2 Februari 2025. Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang rasmi www.habibjewels.com dan ikuti sosial media HABIB di Instagram dan TikTok (@habibjewelsofficial) serta Facebook dan LinkedIn (@HABIB).


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

JustMarkets perkukuh kedudukan global, senaraikan saham SpaceX di platform dagang

SEJAJAR dengan perkembangan pesat dan revolusi ekonomi angkasa lepas, firma pembrokeran antarabangsa terkemuka, JustMarkets, melakar sejarah tersendiri apabila mengumumkan...

More Articles Like This