Kajian seorang pakar otak, V.G Rocine mendapati bahawa fosforus otak mencair pada suhu 42 darjah Celsius (108 darjah Fahrenheit). Kecairan fosforus otak boleh terjadi sekiranya seseorang itu terdedah di bawah terik matahari bagi suatu tempoh jangka masa yang lama tanpa sebarang penutup atau pelindung kepala.
Kesan kepanasan suhu kepala yang melampau ini boleh mengakibatkan fosforus otak mencair sehingga fungsi otak menurun selain menyebabkan kerosakan kekal pada saraf otak, kehilangan memori dan kehilangan sebahagian fungsi otak.
Kajian V.G. Rocine ini selari dengan artikel bertajuk Highest Phosphorus Foods di Canadian Neuro-Optic Reserch Institute Online yang menyatakan sekiranya suhu badan seseorang mencecah lebih daripada 105 darjah Fahrenheit, ia amat berbahaya kerana fosforus otak akan cair sekaligus menjejaskan kesihatan otak.
Namun begitu, kerosakan otak masih boleh diukur dalam julat yang kecil kesan dari pendedahan kepala terkena bahang panas matahari. Justeru, seseorang itu dinasihatkan supaya menutup kepala sekiranya berada di bawah terik matahari atau keadaan cuaca panas.

Karima Burns pula melalui artikelnya bertajuk The Science Behind The Veil mendedahkan bahawa keputusan ujian perubatan turut mendapati sebanyak 40 hingga 60 peratus daripada tahap kepanasan badan seseorang turut hilang melalui kepala.
Melalui artikelnya yang disiarkan dalam laman web IslamOnline.net itu, Karima menyatakan sesiapa yang menutup kepala pada musim sejuk, mereka lebih mampu mengawal suhu badannya sekitar 50 peratus berbanding yang tidak berbuat begitu.
Demikian juga kaedah meletakkan tuala basah di atas kepala juga amat penting bagi mengeluarkan suhu panas dalam tubuh badan seseorang.
Rangsangan Seksual
Anne Moir dan David Jessel dalam buku Brain Sex : The Real Difference Between and Women menyatakan secara dasarnya kaum wanita tidak terangsang apabila melihat gambar-gambar erotik.

Malah wanita langsung tidak terangsang semasa melihat anu lelaki. Lelaki pula adalah sebaliknya dan hanya melalui gambar-gambar lucah pun mereka mampu berkhayal melakukan fantasi seks.
“Bagi kaum lelaki, objek seks adalah pornografi yang menggiurkan, mereka hanya mementingkan tubuh. Kaum wanita pula lebih kepada kemesraan dalam hubungan!”
Helen Fisher dalam bukunya The First Sex pula menyatakan pada tahun 1920-an, satu kajian dilakukan melibatkan ratusan lelaki dan wanita di Amerika. Kajian itu mendapati sebanyak 65 peratus lelaki mengatakan mereka pernah mengintai bilik tidur wanita melalui tingkap berbanding wanita hanya 20 peratus melakukan perkara yang sama.
Responden yang ditemui menyimpulkan, sebenarnya kaum lelaki terangsang melalui penglihatan (visual stimuli). Untuk merangsang diri, mereka melihat tubuh badan wanita atau menggunakan bahan-bahan erotik secara lebih kerap berbanding kaum wanita.
Rangsangan kaum wanita pula datang dari perkataan-perkataan romantik di samping imej dan tema yang romantik. Fantasi seks wanita pula berkaitan dengan komitmen dan kasih sayang dalam hubungan.
Apakah kaitan kisah bertudung kepala di atas tadi dengan rangsangan seks lelaki?
Firman Allah s.w.t yang bermaksud : “Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” – (Surah al-Ahzaab ayat 59)
Jawapannya ialah sekiranya kaum wanita bertudung mengikut syariat Islam, kebaikannya bukan sekadar menjurus kepada kesihatan dirinya sendiri tetapi termasuk soal psikologi, keselamatan dan nyawa.
Jika bertudung, kaum Hawa bukan sahaja mampu menghindari kerosakan pada fosforus otak malah menyelamatkan diri mereka daripada menjadi mangsa rogol serta mengawal lelaki berfantasi untuk melakukan jenayah seksual.

______

