BNM umum langkah interim kurang beban pemegang polisi insurans, takaful

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

BANK Negara Malaysia (BNM) mengambil tindakan proaktif menerusi langkah-langkah interim bagi membantu pemegang polisi insurans/takaful (ITO) perubatan dan kesihatan (MHIT) yang menghadapi kenaikan premium.

Langkah interim itu diperkenalkan bagi mengurangkan kesan kewangan terhadap pemegang polisi pada masa ini serta memastikan perlindungan MHIT yang berterusan.

Bagaimanapun, BNM dalam kenyataan hari ini memaklumkan langkah-langkah yang lebih menyeluruh untuk menangani kos perubatan yang semakin meningkat di Malaysia sangat diperlukan bagi menangani kenaikan premium pada masa hadapan.

Jelasnya, ia bagi memastikan produk MHIT terus mampu dimiliki rakyat Malaysia.

Bank pusat itu berkata, kos penjagaan kesihatan di Malaysia telah meningkat dengan ketara sejak beberapa tahun lalu dengan inflasi kos perubatan mencecah 15 peratus tahun ini.

“Jumlah ini lebih tinggi daripada purata global dan purata Asia Pasifik iaitu 10 peratus dengan peningkatan itu didorong faktor-faktor seperti kemajuan dalam teknologi perubatan serta peningkatan penyakit tidak berjangkit.

“Hal ini telah menyebabkan meningkatnya permintaan terhadap perkhidmatan penjagaan kesihatan.

“Kesannya tuntutan yang dibayar oleh penanggung insurans dan pengendali takaful telah meningkat lebih pantas berbanding dengan premium yang dikumpulkan,” katanya dalam kenyataan itu.

Sehubungan itu, BNM menjelaskan, antara langkah yang dipersetujui bersama ITO adalah Pelarasan Premium Beransur, Penangguhan Premium untuk Warga Emas, Pengaktifan Semula Polisi dan Produk MHIT Alternatif.

“Bagi pelarasan premium beransur yang mana pemegang polisi akan menikmati pelarasan premium diagihkan untuk tempoh tiga tahun, mengurangkan impak inflasi tuntutan perubatan.

Baca artikel lain: BNM umum penyelesaian kenaikan kadar premium insurans perubatan tidak lama lagi – Fahmi

“Ini dijangka memberi manfaat kepada 80 peratus pemegang polisi dengan kenaikan tahunan kurang daripada 10 peratus,” katanya.

BNM memaklumkan, pemegang polisi yang berusia 60 tahun ke atas dan dilindungi di bawah pelan minimum bagi produk MHIT yang dibeli, ITO akan menangguhkan pelarasan premium yang disebabkan inflasi tuntutan perubatan untuk sementara waktu iaitu selama satu tahun daripada ulang tahun polisi mereka.

Katanya, pengaktifan semula polisi yang sudah luput pada 2024 akibat pelarasan premium boleh diaktifkan semula tanpa keperluan pengunderaitan tambahan.

Selain itu, ITO akan menawarkan produk MHIT pada premium lebih rendah tanpa kos pertukaran atau keperluan pengunderaitan.

Pemegang polisi juga boleh menghubungi ITO masing-masing mulai 15 Januari 2025.

Bagi mempercepat pembaharuan kesihatan dan membantu pemegang polisi berumur 60 tahun ke atas, kerajaan bersama-sama dengan ITO dan hospital swasta akan memberikan sumbangan sebanyak RM60 juta untuk mempercepat pembaharuan kesihatan.

“Hal ini termasuk pelaksanaan model pembayaran Diagnosis-Related Group dan penyiaran kos prosedur perubatan lazim bagi meningkatkan ketelusan.

“Selain itu, sebahagian daripada dana ini juga akan digunakan untuk menyokong pembangunan produk asas MHIT yang meliputi keperluan penjagaan kesihatan penting dan memudahkan pemegang polisi yang berumur 60 tahun ke atas membuat pertukaran kepada produk asas baharu apabila ditawarkan,” kata BNM.

BNM dan semua pihak berkepentingan termasuk Kementerian Kesihatan, hospital swasta dan ITO komited untuk terus mengukuhkan lagi kerjasama dalam usaha mengawal inflasi kos perubatan dengan berkesan.

Usaha ini termasuk pemakluman yang lebih telus mengenai harga ubat-ubatan, kemajuan usaha pendigitalan bagi membolehkan perkongsian rekod perubatan elektronik yang akan mengurangkan keperluan pesakit untuk menjalani ujian yang sama berulang kali dan pembelian secara strategik oleh sektor swasta dan awam bagi mengurangkan kos.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Sultan Selangor hargai kesinambungan pentadbiran jayakan LRT3

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menegaskan kejayaan merealisasikan projek Laluan LRT3 Shah Alam adalah hasil kesinambungan perancangan serta...

More Articles Like This