BNM kekalkan OPR 3.0 peratus buat kali kelapan

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

JAWATANKUASA Dasar Monetari (MPC), Bank Negara Malaysia (BNM) membuat keputusan untuk mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada tahap 3.0 peratus. 

Keputusan tersebut diputuskan dalam mesyuarat MPC BNM yang berlangsung hari ini. 

Pengekalan kadar penanda aras bagi pinjaman dan deposit dalam negara itu adalah buat kali kelapan berturut-turut. 

BNM dalam kenyataan memaklumkan, ekonomi global terus berkembang berikutan keadaan pasaran pekerja yang berdaya tahan dan pemulihan perdagangan global yang berterusan. 

Pada masa hadapan, BNM memberitahu pertumbuhan global dijangka berterusan disebabkan oleh keadaan pasaran pekerja yang positif, inflasi yang terus menurun dan dasar monetari yang kurang ketat. 

Bagi ekonomi Malaysia pula, BNM berkata, penunjuk terkini mencatatkan kegiatan ekonomi yang terus kukuh didorong perbelanjaan dalam negeri yang berdaya tahan dan aktiviti eksport yang lebih giat. 

Katanya, eksport dijangka terus disokong peningkatan kitaran teknologi global berikutan kedudukan Malaysia dalam rantaian bekalan semikonduktor serta eksport barangan bukan E&E yang terus kukuh. 

“Perbelanjaan pelancong dijangka terus meningkat. Pertumbuhan guna tenaga dan upah berserta langkah-langkah dasar masih terus menyokong perbelanjaan isi rumah. 

“Pengembangan mantap aktiviti pelaburan akan berterusan disebabkan oleh projek berbilang tahun dalam sektor swasta dan awam, pelaksanaan inisiatif pemangkin di bawah beberapa pelan induk nasional serta lebih banyak pelaksanaan pelaburan yang diluluskan. 

“Import pengantaraan dan modal yang lebih tinggi akan memberikan sokongan lanjut kepada eksport dan pelaburan,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Mengulas mengenai pemulihan nilai ringgit, BNM berkata, ia didorong perubahan jangkaan berhubung dengan kadar faedah dasar yang lebih rendah di ekonomi-ekonomi utama khususnya di Amerika Syarikat serta prestasi ekonomi Malaysia yang kukuh. 

“Pada masa hadapan, prospek ekonomi Malaysia yang positif, pembaharuan struktur dalam negeri serta inisiatif yang sedia ada untuk menggalakkan aliran akan terus memberikan sokongan yang berterusan kepada ringgit,” katanya. 

Kadar penanda aras yang menjadi rujukan kadar pinjaman dan deposit di Malaysia itu dikekalkan sehingga kini selepas kenaikan pertama diumumkan pada Mei tahun lalu sebanyak 25 mata asas kepada 3.0 peratus.

Pada Januari sehingga Mac 2023, BNM mengekalkan OPR pada kadar 2.75 peratus selepas empat kenaikan berturut-turut bermula Mei, Julai, September dan November 2022, dengan masing-masing meningkat 25 mata asas kepada 2.75 peratus berbanding paras rekod terendah 1.75 peratus sebelumnya.

Mesyuarat MPC seterusnya adalah pada 5 dan 6 November 2024.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli MRSM: Empat disingkirkan, dua lagi digantung

EMPAT disingkirkan manakala dua lagi pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Johor digantung persekolahan selepas terbabit kes buli. Perkara...

More Articles Like This