PERSEKUTUAN Badminton Dunia (BWF) telah menggantung bekas pemain perseorangan lelaki negara, Liew Daren dan bekas penganalisis prestasi Institut Sukan Negara (ISN) Jerry Gan, selepas mereka didapati bersalah terbabit dalam kegiatan pertaruhan dan pengaturan perlawanan.
Daren dikenakan hukuman penggantungan selama 12 bulan manakala Jerry Gan digantung selama tiga bulan.
Dalam kenyataan rasmi hari ini, BWF mengesahkan Daren terbabit dalam aktiviti pertaruhan sejak 2018 dan berusaha menghalang siasatan dengan menyembunyikan maklumat mengenai perlawanan badminton bermula pada 2021.
Menurut BWF keputusan itu diumumkan oleh Panel Pendengaran Bebas (IHP) selepas mendengar kes pada 15 Nov lepas.
Baca artikel lain: Siasatan BAM: ‘Whistleblower’ sudah serah maklumat kepada SPRM
Sementara itu, Jerry Gan mengakui penglibatannya dalam pertaruhan dan kegagalannya melaporkan pembabitan Daren dalam kegiatan tersebut.
“Bukti yang dikemukakan termasuk rekod panggilan telefon, dokumen kewangan, dan perbualan yang menunjukkan penglibatan mereka dalam aktiviti haram ini,” menurut BWF.
Pendengaran kes tersebut diadakan pada 6 hingga 7 Jun, di mana panel mendapati Daren terbabit dalam pertaruhan, mengawal akaun pertaruhan, dan menyembunyikan maklumat penting daripada BWF.
Daren juga memilih untuk tidak mengemukakan bukti langsung dalam perbicaraan itu. Panel turut tidak ragu bahawa Daren telah meletakkan pertaruhan dalam kejohanan badminton di Sukan Olimpik Tokyo 2020.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

