Terbuka Thailand: Zii Jia ke final selepas tewaskan rakan senegara, Liew Daren

Dari Penulis

PERSEORANGAN Malaysia Lee Zii Jia berjaya menempah tiket ke final Terbuka Thailand selepas berjaya menundukkan rakan sepelatih, Liew Daren 21-16, 13-21 dan 21-14 dalam perlawanan di Impact Arena, Bangkok, hari ini.

Di final, Zii Jia akan bertemu Li Shi Feng dari China yang menewaskan Kodai Naraoka dari Jepun dalam satu lagi perlawanan separuh akhir yang berlangsung sebentar tadi.

Pemain nombor enam dunia yang kini pilihan utama dalam saingan perseorangan itu tiada masalah untuk menewaskan rakan senegara Daren dalam set pertama 21-16 tetapi tidak mampu menghabiskan dengan perlawanan straight set apabila Daren memenangi perlawanan set kedua 21-13.

Dalam set penentuan, Zii Jia bermain dengan baik dengan menupaskan Daren 21-14 ysng mempamerkan dia sebagai antara pemain terbaik dunia pada masa kini.

Pemain negara berusia 24 tahun itu yang masih belum tewas sejak separuh akhir Kejohanan All-England Mac lepas berharap dapat berehat secukupnya dan bersedia untuk memberikan segala-galanya untuk muncul juara.

“Ia adalah perlawanan sukar… harap saya dapat berehat secukupnya hari ini dan bersedia untuk final esok. Saya akan mencuba segalanya (untuk menang),” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, Liew yang berusia 34 tahun mengakui kepantasannya menurun terutama dalam set penentuan ketika berhadapan Zii Jia.

“Saya cuba bermain dengan baik tetapi Zii Jia lebih baik,” katanya.

BERITA BERKAITAN Lee Zii Jia bertemu Liew Daren di separuh akhir Terbuka Thailand

Beregu utama negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik pula gagal menyinar di separuh akhir dan tewas kepada pasangan Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto 21-19, 21-14.

Pemenang pingat gangsa Olimpik Tokyo dan pilihan keenam kejohanan itu mengakui mereka melakukan kesilapan yang tidak sepatutnya semasa perlawanan.

“Gaya permainan kami agak sama dengan pasangan Indonesia itu tetapi mereka lebih konsisten,” kata Aaron.

Wooi Yik mengakui mereka berdua tidak bermain sebaiknya pada set pertama dan pasangan Indonesia itu mengambil peluang berkenaan dan meneruskan rentak kemenangan mereka.

“Apabila mereka memenangi set pertama, mereka melangkah ke set kedua dengan yakin. Kami cuba sedaya upaya pada set kedua,” katanya.

Sementara itu, beregu wanita negara Pearly Tan-M Thinaah tersingkir di separuh akhir selepas kalah kepada gandingan Jepun Nami Matsuyama-Chiharu Shinda 21-17, 21-17 dalam masa 42 minit.

Thinaah berkata kepantasan beregu Jepun itu memberi tekanan kepada mereka semasa perlawanan.

“Kami cuba mengatasinya tetapi tidak berjaya. Kami perlu tingkatkan prestasi kami dalam kejohanan seterusnya,” katanya.

Sementara itu, pemain perseorangan wanita Taiwan Tai Tzu Ying layak ke final Terbuka Thailand selepas menewaskan pemain tuan rumah Ratchanok Intanon 10-21, 21-13, 21-19. Pilihan kedua kejohanan itu akan bertemu wakil China Chen Yu Fei.

Dalam beregu campuran, pasangan Thailand Sapsiree Taerattanachai-Dechapol Puavaranukroh mara ke final selepas menundukkan Juara Olimpik Tokyo Wang Yi Lyu-Huang Dong Ping dari China 16-21, 21-12, 21-16.

Pasangan Thailand itu akan bertemu Zhen Si Wei-Huang Ya Qiong dari China.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Gyokeres, Isak bantu Sweden benam Tunisia 5-1

GANDINGAN penggempur berbisa, Alexander Isak dan Viktor Gyokeres membantu Sweden menewaskan Tunisia 5-1 dalam perlawanan pertama Kumpulan F, sebentar...

More Articles Like This