Siasatan BAM: ‘Whistleblower’ sudah serah maklumat kepada SPRM

Dari Penulis

PEMBERI maklumat atau ‘whistleblower’ sudah tampil ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi mendedahkan mengenai salah laku kepimpinan tertinggi Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki yang mengesahkan situasi itu menegaskan siasatan pihaknya ketika ini tidak membabitkan dakwaan surat layang.

Beliau seperti dilapor Berita Harian turut mengesahkan, beberapa individu sudah dipanggil memberi keterangan termasuk penelitian beberapa dokumen yang diambil sejak siasatan itu berlangsung.

Baca artikel lain: Gempa bumi lemah dikesan di Tawau

Kelmarin, media melaporkan, seramai lima pegawai daripada SPRM hadir di pejabat BAM bagi meneliti beberapa dokumen termasuk minit mesyuarat bagi tujuan siasatan.

Terdahulu, BAM dalam satu kenyataan mengesahkan pegawai SPRM mengunjungi pejabat badan induk itu minggu lalu bagi mendapatkan maklumat tertentu.

Kenyataan itu berkata, badan induk itu memberikan kerjasama penuh sepanjang kehadiran pegawai berkenaan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli MRSM: Empat disingkirkan, dua lagi digantung

EMPAT disingkirkan manakala dua lagi pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Johor digantung persekolahan selepas terbabit kes buli. Perkara...

More Articles Like This