Tiket konsert KRU ‘sold out’! Bakal umum hari kedua

Dari Penulis

PENGANJUR Icon Entertainment ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua peminat KRU kerana telah membuatkan tiket konsert GENKRU habis dijual pada pukul 12 tengah hari, hari ini.

“Kami amat terharu dengan sambutan ini. Fenomena ini sudah dijangka kerana melihatkan populariti dan profil KRU yang merupakan salah satu ikon negara kita.

“Kita buka pembelian tiket pada pukul 11 pagi tadi dan kini habis dijual. Namun kami rasa lebih terharu dengan sambutan yang di luar jangkaan awal dan tiket sudah sold out!

“Seramai 10,000 pembeli tiket sudah bersedia untuk ‘battle’ tiket seawal 8.30 pagi. Saya kira ini merupakan satu penghargaan dan respon positif untuk artis tanah air kita” ujar Iman Tang, pengasas Icon Entertainment dalam rasa syukur.

Atas permintaan ramai, pihak penganjur akan mengumumkan tentang konsert hari kedua dalam masa terdekat. Penjualan tiket hari kedua juga akan diumunkan kelak.

Konsert GenKRU itu dijangka akan berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 3 Mei 2025.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Karyawan tuntut kerajaan ambil alih kutipan royalti, mahu tamatkan kemelut 2 dekad

PERSATUAN Artis Malaysia (Karyawan) secara rasmi menuntut Kerajaan Malaysia untuk campur tangan dan mengambil alih kawalan sepenuhnya ke atas...

More Articles Like This