KRU kembali lagi dengan sebuah konsert, kali ini konsep outdoor! Stadium Hoki Bukit Jalil jadi pilihan lokasi

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

BIARPUN sudah melaksanakan konsert selama empat hari di Axiata Arena, Bukit Jalil pada Mei lalu, trio legenda KRU kembali memenuhi permintaan peminat dengan sebuah lagi persembahan berskala besar berjudul GenKRU The Finale: One More Time.

Dijadualkan berlangsung pada 22 November depan di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, konsert anjuran Icon Entertainment itu bakal menampilkan konsep segar, susunan berbeza serta elemen produksi yang tidak berkesempatan dipersembahkan dalam konsert sebelum ini.

Pengasas Icon Entertainment, Iman Tang, berkata, pemilihan One More Time itu bukan sekadar diambil daripada trek album terbaru KRU, Kaset, tetapi juga sebagai simbol hadiah ‘sekali lagi’ untuk peminat yang terlepas konsert terdahulu.

“Ramai yang minta kami jelajah ke negeri lain, tetapi kos dan nilai produksi tidak memungkinkan. Jadi, kami pilih Stadium Hoki Nasional kerana ia lokasi terbuka yang memberi ruang lebih besar untuk kreativiti persembahan,” katanya kepada URTV.

Iman berkata demikian ketika sidang media pengumuman konsert berkenaan di Dadi Cinema Pavilion Kuala Lumpur.

Sementara itu, salah seorang ahli KRU iaitu Datuk Norman Abdul Halim mendedahkan konsert pada siri kali ini dirangka akan memberi pengalaman berbeza buat peminat yang hadir pada malam tersebut..

“Jika sebelum ini konsert berlangsung dalam dewan tertutup, kali ini terbuka.

“Kami mahu ‘re-imagine’ konsep GenKRU dengan skala lebih besar dan pengalaman lebih segar buat peminat,” ujarnya.

Selain Norman, KRU turut dianggotai oleh Datuk Yusry Abdul Halim dan Edry Abdul Halim.

Tiket akan dibuka jualan pada Jumaat ini, jam 2 petang dengan harga bermula dari RM188 hingga RM558.

Sebagai rekod, siri konsert GenKRU terdahulu menerima dua pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBR) iaitu Persembahan Terbanyak Dalam Satu Siri Konsert serta Penjualan Tiket Terpantas Dalam Tempoh 1 Jam.

Dengan reputasi dan sejarah tersebut, GenKRU The Finale: One More Time dijangka menjadi acara kemuncak hiburan hujung tahun ini, mengumpulkan lebih 12,000 peminat di Bukit Jalil.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Setahun derita autoimun hingga berat badan ceah 46kg, Andi Bernadee akhirnya buka mulut punca ‘sembunyi’ diri

TEKA-TEKI mengenai imej misteri penyanyi dan pelakon popular, Andi Bernadee yang dilihat 'berselubung' setiap kali berada di ruang awam...

More Articles Like This