EMPAT negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak dijangka mengalami hujan dan ribut petir pada pagi sambutan perayaan Krismas, esok.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam hantaran di Facebook memaklumkan, empat negeri tersebut juga diramalkan mengalami hujan dan ribut petir sehingga petang esok.
Selain itu, MetMalaysia memberitahu, Kedah; Pulau Pinang; Kuala Lumpur; Johor; Pahang; Terengganu dan Kelantan juga akan mengalami cuaca sama pada sebelah petang.
“Johor, Pahang, Sabah dan Sarawak turut dijangka mengalami hujan dan ribut petir pada sebelah malam.
Baca artikel lain: Amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah, Labuan
“Rancang perjalanan dan aktiviti anda dengan sebaiknya. Teruskan mengikuti media sosial rasmi dan laman web kami di www.met.gov.my untuk informasi cuaca terkini yang pantas dan tepat,” katanya dalam hantaran tersebut.
MetMalaysia turut mengingatkan orang ramai untuk memuat turun aplikasi myCuaca di Google Play dan App Store untuk maklumat cuaca yang terkini dan sahih.
“Ikuti MetMalaysia di Telegram untuk mendapatkan maklumat serta informasi cuaca menerusi saluran https://t.me/metmalaysia,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

