Ribut petir, hujan diramal berlaku pada sambutan Tahun Baharu Cina

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

SITUASI ribut petir dan hujan diramal berlaku di kebanyakan negeri di Semenanjung Malaysia, pantai timur Sabah dan beberapa kawasan di Sarawak pada sambutan Tahun Baharu Cina.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan, ribut petir diramalkan berlaku di kawasan pantai di Perak manakala hujan di seluruh kawasan pedalaman Johor pada sebelah pagi.

“Hujan turut diramalkan di beberapa tempat di Terengganu, Pahang, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Kelantan dan Selangor.

“Di Sabah, hujan diramalkan di beberapa kawasan di Tawau dan Sandakan selain cuaca sama dijangka di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit dan Bintulu di Sarawak,” katanya, hari ini.

Baca artikel lain: Pemilik tanah diceroboh perlu guna saluran perundangan bagi lindungi hak mereka – Azalina

Sementara itu, katanya lagi, di sebelah petang, ribut petir diramalkan di Perak, pedalaman Kedah serta kebanyakan tempat di Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Perlis.

MetMalaysia juga memaklumkan hujan diramal melanda kebanyakan tempat di Pahang serta pedalaman Johor, Kelantan dan Terengganu.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Inisiatif Smart Lane kurangkan kesesakan trafik sehingga 50 peratus

INISIATIF Smart Lane secara keseluruhannya telah menunjukkan keberkesanan yang tinggi dan berjaya mengurangkan kadar kesesakan trafik antara 30 hingga...

More Articles Like This