Zambry ucap takziah kepada keluarga pelajar UTeM maut kemalangan

Dari Penulis

MENTERI Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mengucapkan takziah kepada keluarga dua pelajar yang maut selepas kenderaan dinaiki mereka dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh besi penghadang di Kilometer 186.7 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara dekat Jasin, Melaka pagi semalam.

Allahyarham Nurul Syafiqah Nasruddin dan Allahyarham Nurhanis Afryna Azizan masing-masing berusia 19 tahun, merupakan pelajar tahun dua dan satu Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi (FTMK) Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).

“Semoga ahli keluarga kedua-duanya dikurniakan kesabaran dan ketabahan dalam menghadapi ujian ini. Didoakan Allah SWT merahmati roh kedua-dua arwah dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman,” kata Zambry menerusi hantaran di platform X.

Menerusi hantaran sama, Zambry mendoakan supaya dua lagi penuntut UTeM iaitu Nur Hanis Suraya Supiyan, 20, dan Azwalidiya Azman, 21, yang cedera dalam kemalangan itu sembuh dengan segera.

Baca artikel lain: Perhilitan sahkan kehadiran harimau berhampiran kampung Orang Asli Sungai Choh

Pada kejadian 6.30 pagi tadi, Nurul Syafiqah dari Gemencheh, Negeri Sembilan dan Nurhanis Afryna yang beralamat di Muadzam Shah, Pahang disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di kepala selepas kereta Perodua Myvi dinaiki mereka terbabas dan merempuh besi penghadang di lebuh raya itu.

Kemalangan juga menyebabkan Nur Hanis Suraya yang memandu kereta dan Azwalidiya, yang duduk di bahagian penumpang belakang sebelah kanan cedera, dengan kedua-dua mereka kini menerima rawatan di Hospital Melaka.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Artemis Accords bukan untuk hantar rakyat Malaysia ke bulan

PENYERTAAN Malaysia dalam Artemis Accords bukan bertujuan untuk menghantar rakyat Malaysia ke bulan kerana program itu tidak bertujuan ke...

More Articles Like This