Warga emas pandu kereta lawan arus tersepit rempuh lori di Bentong

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

SEORANG warga emas berusia 74 tahun tersepit selepas kereta dipandunya yang dipercayai bergerak melawan arus bertembung dengan sebuah lori di Kilometer 54.7 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak menghala ke Bentong, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.15 malam itu, mangsa yang memandu bersendirian mengalami kecederaan dan dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Pemandu lori berusia 25 tahun yang turut cedera dalam nahas berkenaan juga menerima rawatan di hospital.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, siasatan awal mendapati kemalangan membabitkan sebuah lori yang membawa muatan alat ganti kenderaan dan sebuah kereta yang dipandu warga emas terbabit.

Menurutnya, ketika kejadian lori berkenaan sedang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Bentong sebelum berlaku pertembungan di lokasi yang merupakan laluan lurus.

“Siasatan mendapati lori itu berada di lorong kanan sebelum bertembung dengan sebuah kereta yang bergerak melawan arus.

“Kereta berkenaan dipercayai memasuki Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak melalui sebuah stesen minyak berhampiran sebelum bergerak bertentangan dengan aliran trafik,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, impak perlanggaran menyebabkan kedua-dua kenderaan mengalami kerosakan manakala kedua-dua pemandu cedera.

Katanya, kes kini disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan semua pengguna jalan raya supaya sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas dan memastikan keadaan diri berada dalam keadaan baik sebelum memandu.

“Jangan sesekali mengambil tindakan yang boleh membahayakan keselamatan diri sendiri serta pengguna jalan raya lain,” katanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: Kempen makin panas, billboard calon PH dirosakkan pihak tertentu – Nie Ching

KEHANGATAN Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semakin terasa apabila beberapa insiden sabotaj terhadap kempen calon Pakatan Harapan (PH) dilaporkan...

More Articles Like This