KAPTEN pasukan Burnley FC, Josh Brownhill menafikan spekulasi kononnya beliau mempunyai pertalian darah mahu pun memegang kewarganegaraan Malaysia sekali gus berpeluang menyarung jersi Harimau Malaya.
Ia susulan khabar angin yang pada mulanya dicetuskan sebuah akaun media sosial bahawa pemain tengah berusia 29 tahun itu mempunyai darah Malaysia.
Dalam hantaran di Instagram Story, Brownhill menjelaskan beliau hanya berbangsa Inggeris yang memiliki kewarganegaraan England.
Bekas pemain Akademi Manchester United itu turut menjelaskan tidak pasti bagaimana khabar angin kononnya layak mewakili Malaysia mula tersebar.
“Sekadar mahu menjelaskan tentang situasi berhubung khabar angin yang tersebar ketika ini.
“Malangnya, satu-satunya kewarganegaraan saya ialah Inggeris dan saya bukan rakyat Malaysia seperti yang difikirkan oleh sesetengah orang.

Baca artikel lain: Gaji Arif Aiman hanya RM25,000 sebulan, ada pasukan lain bayar gaji pemain tempatan hingga RM80,000 – TMJ
“Saya tidak pasti bagaimana semua khabar ini bermula, tetapi saya perlu buat penjelasan, bagaimanapun saya ucapkan terima kasih terhadap sokongan semua pihak, terima kasih,” katanya dalam hantaran tersebut.
Bekas pemain Bristol City FC itu mengucapkan terima kasih terhadap sokongan berterusan peminat.
Pemain tengah pasukan The Clarets itu terkenal dengan kualiti kepimpinannya di dalam dan di luar padang.
Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail turut menasihati Brownhill supaya mengeluarkan kenyataan bagi menjernihkan keadaan bahawa beliau tidak mempunyai sebarang pertalian darah dengan Malaysia.
“Hi Josh, selamat menyambut Hari Natal. Saya harap anda dan keluarga berada dalam keadaan baik. Saya rasa anda perlu mengeluarkan kenyataan bahawa anda bukan orang Malaysia.
“Negara saya tergila-gilakan tentang anda dan merayu kepada saya agar anda beraksi untuk Malaysia. Ini akan membantu untuk menjernihkan keadaan. Terima kasih,” tulis Tunku Mahkota Ismail dalam satu mesej kepada Brownhill.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

