Polis nafi dakwaan enggan terima laporan penghantar makanan ditikam mata

Dari Penulis

POLIS tampil menafikan satu dakwaan tular yang menyatakan badan beruniform itu enggan menerima laporan berhubung kejadian seorang penghantar barang ditikam pada bahagian mata oleh pelanggan.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, pihaknya mengesan tangkap layar tular tersebut yang dipercayai tersebar di aplikasi WhatsApp pada 1.30 petang semalam.

Beliau berkata, mangsa telah pergi ke Pondok Polis Janda Baik, Balai Polis Bukit Tinggi dan Ibu Pejabat Daerah Bentong untuk membuat laporan polis.

“Bagaimanapun polis enggan menerima laporan daripada mangsa.

“Kejadian berlaku pada 24 Disember pukul 3.30 petang di tempat letak kereta di sebuah pusat peranginan dekat Janda Baik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, semakan mendapati polis telah menerima laporan daripada mangsa pada pukul 4.30 petang hari kejadian.

“Tangkap layar yang tular itu adalah tidak benar dan mangsa juga telah dihantar ke Hospital Temerloh untuk rawatan lanjut,” ujarnya.

Katanya, satu laporan telah dibuat oleh seorang penolong pegawai penyiasat berusia 41 tahun, pukul 3.01 petang semalam, dan kes disiasat di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Zaiham berkata, orang ramai dinasihatkan untuk tidak menularkan perkara yang tidak benar dan meminta suspek yang menularkan kandungan itu untuk tampil ke balai polis bagi membantu siasatan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Dua remaja lelaki maut terlanggar kerbau melintas jalan di Jelebu

DUA remaja lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangi masing-masing merempuh seekor kerbau yang tiba-tiba melintas jalan di Kilometer 11...

More Articles Like This