Dalam menyediakan sesuatu hidangan apa yang penting adalah kreativiti dan mempelbagaikan cara penyediaannya.
Sotong bakar bercili nampak biasa, tetapi jika diolah dengan kreativiti menu ini boleh menjadi unik. Ingat! Untuk mengekalkan kemanisan sotong, jangan masak terlalu lama.
SOTONG BAKAR BERCILI
BAHAN-BAHAN
6 ekor sotong
10 tangkai cili kering – rebus & kisar
4 ulas bawang merah – kisar
2 ulas bawang putih – kisar
1 sudu besar asam jawa
1/2 sudu besar gula perang
1 helai daun kunyit – mayang halus
Garam secukup rasa
Minyak masak untuk menumis
CARA PENYEDIAAN :
- Sotong dibersihkan kemudian kelar sotong disebelah bahagian. Taburkan sedikit garam. Ketepikan.
- SAMBAL : Kisar cili kering (rendam terlebih dahulu) bersama bawang merah, bawang putih dan serai hingga halus.
- Panaskan minyak di dalam kuali, tumiskan bahan yang telah dikisar sehingga naik bau.
- Masukkan hirisan daun kunyit, air asam jawa, gula perang dan garam secukup rasa. Tutupkan api dan ketepikan.
- Panaskan kuali pemanggang, letakkan sotong dan tuangkan sambal tadi diatas sotong. Panggang sotong untuk beberapa minit atau sehingga masak. Hidangkan panas. Boleh perahkan limau nipis jika suka.

Penulis merupakan Pengarang SAJI di UtusanTV dengan pengalaman lebih 23 tahun dalam bidang kewartawanan. Kerjaya penulisan bermula pada tahun 1996 di HVD Film Production (M) Sdn Bhd sebagai penulis skrip selama tujuh tahun. Seterusnya, penulis menyertai Utusan Karya Sdn Bhd pada tahun 2003 sebagai wartawan dan jawatan terakhir sebagai Pengarang SAJI. Pada tahun 2023 bertugas di Utusan Binders Sdn.Bhd. di bawah jenama UtusanTV sehingga kini.
Sepanjang kerjaya, penulis berkemahiran dalam penulisan dan liputan pelbagai isu, khususnya berkaitan pemakanan. Selain mencipta resipi, penulis juga terlibat dalam penerbitan buku resipi untuk chef-chef, menjadi juri pertandingan masakan, serta aktif dalam penganjuran acara dan program CSR.
Sebarang jemputan acara, kerjasama bagi event & CSR, pelancaran produk atau sidang akhbar boleh diajukan melalui e-mel: [email protected].

