Siri 1: Kisah Jesus yang disebut dalam al-Quran

Dari Penulis

Baru-baru ini penganut agama Kristian meraikan hari Krismas atau Natal sempena memperingati hari kelahiran Jesus iaitu pengasas agama Kristian. Di dalam Islam Jesus dikenali sebagai Nabi Isa a.s. Baginda merupakan nabi yang mendapat gelaran Ulul Azmi dan antara nabi yang diturunkan kepadanya kitab iaitu Injil.

Di dalam al-Quran terdapat beberapa ayat yang menceritakan tentang kisah Nabi Isa a.s. antaranya berkaitan dengan awal kelahiran Baginda, mukjizat hingga beragam keistimewaannya.

Nabi Isa a.s. adalah seorang rasul yang diutuskan Allah S.W.T. untuk Bani Israel. Dalam lisan Arab, beliau dikenali sebagai Isa al-Masih dan Isa ibnu Maryam. Antara ayat-ayat yang menceritakan tentang Nabi Isa a.s. ialah 

Pertama: Surah Maryam ayat 16 hingga 40

Kisah kelahiran Nabi Isa a.s. menjadi salah satu yang paling banyak disebutkan dalam al-Quran di antaranya surah Maryam bermula ayat 16 hingga 40. Satu ketika Maryam telah melihat malaikat Jibril yang menyerupai seorang pemuda dan Maryam tidak mengenalinya.

Lalu Maryam berasa takut kepadanya, bingung serta bimbang dengan keselamatan dirinya. Maryam beranggapan Jibril adalah seorang manusia yang datang untuk mengganggunya dan berbuat hal yang tidak senonoh, maka Maryam pun berkata,

“Sesungguhnya aku berlindung dari-mu kepada Tuhan yang Maha Pemurah, jika kamu seorang yang bertakwa” (Maryam: 18)

Mendengar itu, maka Jibril berkata bahawa ia hanya diutus kepadanya untuk memberikan anak yang soleh, yang bersih dari segala dosa. Lalu Maryam berkata,

“Bagaimana mungkin aku mempunyai seorang anak sedangkan aku tidak mempunyai suami yang mendekatiku, dan aku juga bukan seorang pendosa dan pelaku zina”

Lalu Jibril a.s. menjawab kebingungan Mariam bahawa menciptakan seorang anak tanpa bapa adalah mudah bagi Allah. Dan Allah akan menjadikannya petanda bagi manusia dan bukti kesempurnaan atas kekuasaan Allah.

“Maka Maryam mengandung, lalu ia mengasingkan diri dengan kandungannya itu ke tempat yang jauh. Maka rasa sakit akan melahirkan anak memaksanya (bersandar) pada pangkal pohon kurma. Dia berkata,

“Aduhai alangkah baiknya aku mati sebelum ini, dan aku menjadi seorang yang tidak diperhatikan, lagi dilupakan”

Maka Jibril menyerunya dari tempat yang rendah, “Janganlah engkau bersedih hati, sesungguhnya Tuhanmu telah menjadikan anak sungai di bawahmu, dan goyangkanlah pangkal pohon kurma itu ke arah mu nescaya pohon itu akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu. Maka makan, minum dan bersenang hatilah kamu. Jika kamu melihat seorang manusia, maka katakanlah,

“Sesungguhnya aku telah bernazar berpuasa untuk Tuhan Yang Maha Pemurah, maka aku tidak akan berbicara dengan seorang manusia pun pada hari ini” (Maryam: 22 hingga 26)

Setelah proses melahirkan yang penuh berkat, Maryam kembali kepada kaumnya membawa puteranya Isa. Terbukti benar telahannya apabila ia langsung diejek-ejek kerana memiliki anak lelaki tanpa suami.

Namun Maryam tetap diam dan tidak menjawab kerana ia telah bernazar kepada Allah untuk tidak berbicara. Pada ketika keadaan menjadi semakin sukar maka Maryam menunjukkan Isa agar mereka berbicara kepadanya.

“Maka Maryam menunjuk kepada anaknya, Mereka berkata, “Bagaimana kami akan berbicara dengan anak kecil yang masih di dalam buaian?” (Maryam: 29)

Dan pada ketika itulah Allah dengan Kekuasaan Nya menjadikan Isa mampu berbicara, sedangkan ia masih seorang bayi yang menyusu ibunya. Isa berkata,

Sesungguhnya aku ini hamba Allah” (Maryam: 30)

“Dia memberiku al-Kitab (Injil) dan Dia menjadikanku seorang nabi dan Dia menjadikanku seorang yang diberkati di mana sahaja aku berada” (Maryam: 30 dan 31). Bersambung…

____________________________________________________

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Syarahan Perdana Tokoh Maal Hijrah 1448H Beri Fokus Kepada Mesej Keamanan & Peradaban Kontemporari

PERISTIWA Maal Hijrah tidak seharusnya dibiarkan berlalu sekadar penceritaan lipatan sejarah dan sambutan tahunan semata-mata, sebaliknya ia perlu diangkat...

More Articles Like This