Angka korban di Gaza melebihi 45,700 orang selepas 59 lagi rakyat Palestin maut

Dari Penulis

SEKURANG-kurangnya 59 lagi rakyat Palestin terbunuh dalam serangan Israel di utara Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, menjadikan jumlah keseluruhan korban sejak Oktober 2023 meningkat kepada 45,717 orang, menurut Kementerian Kesihatan wilayah itu pada Sabtu.

Menurut Agensi Anadolu, kementerian itu menyatakan kira-kira 108,856 orang telah cedera dalam serangan berterusan berkenaan.

“Tentera Israel membunuh 59 orang dan mencederakan 273 yang lain dalam empat serangan besar-besaran ke atas keluarga dalam tempoh 24 jam lepas,” menurut kenyataan kementerian itu.

“Ramai mangsa masih terperangkap di bawah runtuhan dan di jalanan, dengan pasukan penyelamat tidak dapat mendekati mereka,” katanya.

Israel melancarkan serangan besar-besaran ke atas Gaza sejak Oktober 2023.

Baca artikel lain: THT juara Piala Sumbangsih, tamatkan penguasaan seteru TNB

Tahun kedua serangan genosid di Gaza ini telah mendapat kecaman antarabangsa yang semakin meningkat, dengan pegawai dan institusi mengecam tindakan serangan serta sekatan bantuan sebagai percubaan sengaja untuk memusnahkan populasi.

Pada 21 November lepas, Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Yoav Gallant atas jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan di Gaza.

Israel juga menghadapi kes genosid di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) atas serangan tenteranya di Gaza.

— BERNAMA-AA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Sultan Selangor hargai kesinambungan pentadbiran jayakan LRT3

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menegaskan kejayaan merealisasikan projek Laluan LRT3 Shah Alam adalah hasil kesinambungan perancangan serta...

More Articles Like This