Lelaki maut akibat serangan jantung, kereta dipandu terbabas hingga terbalik

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SEORANG lelaki maut dipercayai telah mengalami serangan jantung semasa memandu hingga menyebabkan kenderaan dipandunya terbabas dan terbalik di Kilometer 5.1 Jalan Kota Tinggi-Kluang, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman berkata, mangsa berusia 47 tahun ketika itu sedang memandu sebuah kereta jenis Proton Saga bersama isterinya.

Menurut Yusof, pihaknya telah menerima maklumat berhubung kejadian itu kira-kira pukul 2.45 pagi.

“Kemalangan melibatkan sebuah kenderaan jenis Proton Saga yang dipandu lelaki berumur 47 tahun bersama seorang penumpang hadapan wanita berusia 46 tahun.

“Dalam kemalangan tersebut, lelaki itu disyaki telah mengalami serangan jantung semasa memandu dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Yusof memaklumkan, mayat mangsa telah dirujuk ke Unit Forensik Hospital Kota Tinggi bagi tujuan prosedur siasatan.

Katanya, penumpang wanita itu juga telah dibawa ke hospital sama bagi mendapatkan rawatan lanjut.

“Kes masih dalam siasatan polis di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Polis IPD Kota Tinggi menasihatkan orang ramai supaya sentiasa peka dan mematuhi undang-undang serta peraturan-peraturan yang telah ditetapkan demi menjaga keselamatan bersama semasa di jalan raya,” jelasnya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: SPR keluarkan 24,677 kertas undi pos

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) telah mengeluarkan sebanyak 24,677 kertas undi pos kepada individu yang berhak untuk mengundi secara pos. Setiausaha...

More Articles Like This