MENTERI Komunikasi, Fahmi Fadzil memaklumkan permohonan Telegram mendapatkan lesen sebagai penyedia perkhidmatan pesanan Internet diluluskan Khamis lalu.
Katanya, bagi permohonan Meta yang mengendalikan platform Facebook, Instagram, dan WhatsApp pula, ia dijangka akan selesai dan diluluskan dalam masa terdekat.
“Jadi Telegram, TikTok, dan WeChat sudah lulus dengan Meta masih (ada) beberapa dokumen dalam proses nak hantar.
“Dijangka (dalam masa) terdekat akan selesai,” katanya pada sidang media selepas hadir majlis pertukaran dokumen perjanjian inisiatif Kampung Digital Melaka antara SKMM dengan kerajaan Melaka.
Awal bulan ini, syarikat induk platform media sosial TikTok, ByteDance dan Tencent bagi WeChat menjadi penyedia perkhidmatan pertama diberikan lesen bagi membolehkan mereka beroperasi di negara ini.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), dilaporkan berkata dua syarikat itu antara empat penyedia perkhidmatan pesanan Internet dan media sosial utama yang mengambil langkah signifikan pematuhan kawal selia ditetapkan kerajaan bermula 1 Januari lalu.
Sementara itu, Fahmi telah mengarahkan MCMC mengadakan libat urus dengan Google yang mengendalikan YouTube untuk mengemukakan permohonan lesen operasinya.
Beliau berkata, walaupun masih dalam urusan libat urus, Google diberi amaran tidak melanggar undang-undang dalam negara seperti membenarkan adanya video scam dan video judi dalam talian.
Menurut Fahmi lagi, beliau menyerahkan kepada SKMM untuk berbincang dengan X (dahulunya dikenali Twitter) berhubung jumlah penggunanya di Malaysia tidak mencapai nilai ambang iaitu 8 juta pengguna.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

