Bayi lelaki empat bulan meninggal dunia di taska tidak berlesen

Dari Penulis

SEORANG bayi lelaki berusia empat bulan dipercayai meninggal dunia di sebuah Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska) di Bandar Saujana Putra pada Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat Superintendan Mohd Akmalrizal Radzi berkata laporan diterima daripada seorang doktor dari klinik di kawasan Bandar Saujana Putra pada 3.29 petang, Jumaat lepas (3 Jan) mengenai seorang bayi lelaki dalam keadaan tidak sedarkan diri telah dibawa oleh pengasuh Taska tersebut.

“Bayi tersebut tiba dalam keadaan pucat, bibir dan kaki kebiruan, tanpa nafas serta tiada tindakan balas pada anak mata. Pengadu segera melakukan resusitasi kardiopulmonari (CPR) dan bantuan oksigen sebelum ambulan tiba.

“Bayi tersebut dihantar ke Hospital Putrajaya dan disahkan meninggal dunia pada 5.05 petang selepas usaha menyelamatkan selama lebih 30 minit gagal,” katanya dalam kenyataan.

Akmalrizal berkata polis telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2011, dan keterangan pengusaha serta pekerja Taska telah diambil, namun tiada tangkapan dibuat setakat ini.

“Siasatan awal mendapati Taska tersebut tidak berlesen, dan permohonan lesen masih belum diluluskan,” katanya.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pas tak bantu kempen Bersatu di PRN Johor

PAS yang sebelum ini mengumumkan untuk membatalkan kerjasama politik dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak akan membantu kempen...

More Articles Like This