SERING menyanyikan lagu penyanyi lain dengan cara tersendiri, selebriti versatil, Kelly Azman menyangkal tuduhan sengaja merosakkan karya milik orang lain.
Kelly atau nama lengkapnya Raja Azman Raja Ayob, 48, berkata, sebagai penghibur, tidak salah untuk dia menggunakan platform yang sedia ada untuk terus berkarya.
Katanya lagi, secara tidak langsung, dia telah membantu mempromosikan karya rakan artis.
“Saya ‘cover’ lagu beberapa artis tempatan kerana saya merasakan lagu itu menjadi siulan. Saya hanya merancakkan lagu tersebut. Menyanyi memang minat saya.
“Jadi inilah cara untuk saya ke depan dengan cara menyanyikan semula lagu penyanyi yang sedang viral.
“Saya tidak mencalarkan lagu tersebut, kenapa netizen kata saya merosakkan?Adakah sebab suara saya tak sedap?
“Saya mengakui saya bukan penyanyi, saya adalah penghibur. Saya hanya ‘cover’ dan parodikan sahaja lagu penyanyi artis Malaysia,” katanya kepada URTV.
Kelly berkata demikian ketika ditemui di majlis ‘review’ ramadan buffet Selera Bonda yang berlangsung di St.Giles Boulevard, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Meskipun dihambat dengan pelbagai kritikan di media sosial, namun Kelly tidak melatah.
Malah, tahun ini juga dia sudah merangka lebih banyak lagu yang akan diparodikan.
“Saya tak serik, tahun 2025 ada 14 buah lagu yang sudah masuk dalam senarai untuk saya cover. Sebulan dua buah lagu.
“Setiap anak seni ada cara mereka berkarya, kalau saya sebagai penghibur inilah cara saya berkarya. Ini juga sumber pendapatan saya,” ulasnya.
Pelantun lagu No No No itu turut mengeluarkan kos RM5,000 setiap kali menghasilkan lagu ‘cover’ berserta muzik video.
“Anggaran satu video klip, saya berhabis sekitar RM5,000. Kos ditanggung sendiri oleh saya.
“Inilah usaha saya. Saya juga mempromosikan lagu-lagu penyanyi tempatan,” jelasnya.
Dalam perkembangan lain, Kelly bakal bergandingan dengan penyanyi Ani Mayuni untuk menghiburkan tetamu yang hadir berbuka puasa sepanjang bulan Ramadan di hotel tersebut.

Selera Bonda buffet dinner menawarkan harga berpatutan iaitu untuk dewasa RM118 dan kanak-kanak, RM59.
Bagi ‘early bird’, anda akan ditawarkan harga RM85 jika membuat tempahan sebelum 4 Mac. Untuk menempah, sila hubungi 012-4008691 (Anis).

Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

