Rumah milik Farid Kamil dilelong bermula RM522,000

Dari Penulis

MEDIA sosial hari ini kecoh apabila tersebar berita mengenai sebuah rumah teres dua tingkat di Bandar Saujana Putra, Selangor bakal dilelong pada 22 Januari depan. 

Informasi tersebut didedahkan menerusi laman sesawang khusus bagi mengiklankan aset lelongan kepada pembeli yanf berminat.

Menerusi maklumat terbabit, tertera nama individu Farid Kamil Zahari yang merupakan pemilik kediaman berkenaan.

Rumah tersebut bakal dilelong dengan harga permulaan RM522,000.

Difahamkan, rumah berkenaan berkeluasan kira-kira 163 meter persegi itu dibeli pada 2011 dan status pemilikan Bumiputera.

Ini mencetuskan spekulasi dalam kalangan netizen yang mengaitkan rumah tersebut dengan pelakon terkenal Farid Kamil. 

Bagaimanapun, sehingga kini tiada pengesahan rasmi daripada pihak Farid.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Lovebites pilih Kuala Lumpur sebagai destinasi siri jelajah dunia Outstanding Tour

SELEPAS hampir sedekad membina pengaruh besar sebagai antara kumpulan heavy metal wanita paling berprestij di dunia, impian peminat tegar...

More Articles Like This