SEORANG pemandu Perodua Axia maut selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori berhampiran bangunan Jabatan Kerja Raya, Jalan Permatang Bertam, Kepala Batas, awal pagi tadi.
Mangsa Mohamad Hafiz Aziz merupakan Pembantu Khidmat Am di Hospital Parit Buntar, Perak.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dalam kenyataan berkata, panggilan kecemasan mengenai kejadian diterima pada pukul 5.30 pagi tadi.
Sepasukan 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kepala Batas telah dikerahkan ke lokasi kejadian.
“Bomba tiba di lokasi dan mendapati pemandu Axia, seorang lelaki dewasa berusia 30-an telah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas perubatan.
“Mayat mangsa telah diserahkan kepada polis bagi tindakan lanjut,” katanya kenyataan itu hari ini.
Sementara, pemandu lori iaitu seorang lelaki berusia 51 tahun didapati telah tersepit di dalam lori.
Kerja-kerja mengeluarkan pemandu lori yang tersepit telah dijalankan dengan menggunakan peralatan khas.
Pemandu lori berjaya dikeluarkan pada pukul 6.04 pagi dan didapati mengalami kecederaan di bahagian kaki sebelum diserahkan kepada petugas perubatan untuk mendapatkan rawatan segera.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

