Isu sandwic ‘ham and cheese’: MCA jangan melampaui batas

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

MCA diingatkan supaya tidak melampaui batas susulan isu penjualan sandwic ‘ham and cheese’ di sebuah kedai serbaneka dalam Universiti Malaya (UM), baru-baru ini.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Fahmi Zainol menyifatkan isu tersebut melibatkan menghormati kesucian Islam.

Justeru, kata beliau, MCA tidak patut masuk campur kerana ia bukan berhubung soal memperoleh ‘political mileage’.

“Saya menempelak sekeras-kerasnya kenyataan biadap MCA ekoran respons balas terharap teguran yang telah dibangkitkan oleh (Datuk Dr Muhamad) Akmal Saleh,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Jerejak itu rangkaian kedai serbaneka yang menjual sandwic ‘ham and cheese’ itu disifatkan sengaja ‘mencari pasal’ dalam isu tersebut.

Beliau juga mempersoalkan sama ada kedai serbaneka tersebut memandang serius soal agama Islam sebagai agama Persekutuan dengan majoriti penduduknya juga beragama Islam.

Baca artikel lain: KK SuperMart hantar LOD, henti perniagaan dengan pengeluar sandwic ‘ham and cheese’

“Setelah sekian lamanya menetap di Malaysia, Islam sebagai agama rasmi negara Malaysia dan penduduk beragama Islam sebagai majoriti di negara ini, apakah kedai serbaneka ini langsung tidak cakna, tidak peka, tidak peduli, serta tiada rasa hormat walau sekelumit sekali pun terhadap masyarakat Islam apabila isu seperti ini seringkali berulang?

“Selain menipu dengan penggunaan logo halal JAKIM untuk sandwich ham tersebut, kedai serbaneka ini tenyata sengaja mencari pasal dengan mempermainkan isu berkaitan halal dan haram yang sangat “sacred” bagi masyarakat Islam,” katanya.

Semalam, Naib Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Jack Seng meminta Dr Muhamad Akmal supaya mengelak daripada mempolitikkan isu penjualan sandwic ‘ham and cheese’ yang didapati menggunakan logo halal palsu.

Jack Seng berkata, isu itu perlu diserahkan kepada pihak berkuasa berwajib seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk ditangani, tanpa melibatkan campur tangan pemimpin politik.

Jelas beliau, tindakan Dr. Muhamad Akmal dalam isu itu bukan sahaja tidak perlu, malah boleh meninggalkan kesan buruk kepada persekitaran perniagaan di negara ini termasuk menyebabkan pelabur asing menarik diri.

Sebelum itu, Dr. Muhamad Akmal menggesa polis menyiasat penjualan ‘sandwich ham’ yang mempunyai logo halal dalam kampus UM yang disifatkan tidak boleh diterima sekali gus mempersoalkan jaminan keselamatan produk yang mempunyai logo halal yang dijual rangkaian kedai serbaneka terlibat.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kanak-kanak maut selepas terjatuh ketika mandi di kediamannya

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh ketika mandi di bilik air kediamannya di Taman...

More Articles Like This