Lupakan produk Timbang Kilo, Safi Perfect White Exfoliate pilihan selamat untuk cerahkan kulit

Dari Penulis

Safi Malaysia, jenama penjagaan kulit halal terkemuka, muncul dengan inisiatif terbaharu dengan rangkaian Safi Perfect White Exfoliate, satu penyelesaian yang dihasilkan untuk memperbaharui kulit wajah dengan lebih cerah, selamat, dan berkesan tanpa risiko produk “Timbang Kilo” yang berbahaya.

Rangkaian inovatif ini menggabungkan bahan-bahan terkini dengan harga yang berpatutan, membolehkan pengguna memperbaharui wajah kulit dengan cerah dan berseri.

Pakar Jenama dan Penyelidikan untuk Safi Malaysia, Kazlina Kassim berkata, produk ini membolehkan pengguna memiliki kulit yang lebih cerah secara selamat dan berkesan.

“Safi Malaysia bertekad untuk membantu pengguna mencapai kulit yang berseri tanpa risiko dengan menawarkan alternatif yang dipercayai, selamat dan disahkan halal.

“Dengan Rangkaian Safi Perfect White Exfoliate, pengguna kini boleh memiliki kulit yang lebih cerah secara selamat dan berkesan,” katanya.

Safi Perfect White Exfoliate 10% Acid Serum menggabungkan 10% AHA, BHA, dan PHA untuk mengekfoliasi sel-sel kulit mati untuk kulit yang lebih cerah dan licin. Diperkaya dengan 100X lebih Vitamin C, ia membantu mengurangkan penampilan bintik-bintik gelap untuk kulit sensitif, menjadikannya pilihan yang sempurna untuk semua jenis kulit.

Terdapat tiga manfaat utama untuk rangkaian Safi Perfect White Exfoliate:

•             Keberkesanan: Dengan Safi Perfect White Exfoliate, produk ini dapat memberikan hasil yang boleh dilihat hanya dengan satu aplikasi. Dengan adanya Kakadu Plum, yang mengandungi 100X lebih Vitamin C dan kompleks AHA, BHA, PHA dimana fungsinya adalah untuk exfoliasi, mencerahkan dan menghaluskan tekstur kulit secara lembut.

•             Keselamatan: Terbukti secara klinikal dan disahkan halal, rangkaian ini tidak mengandungi bahan berbahaya atau tidak diuji, agar dapat memastikan kulit anda sentiasa dilindungi dan dijaga. Rangkaian ini diformulasi khas untuk kulit warga Malaysia, memastikan penjagaan yang optimum serta bersesuaian dengan cuaca dan gaya hidup di Malaysia.

•             Kemudahan: Sesuai untuk kegunaan harian, rangkaian ini sesuai dengan sebarang rutin penjagaan kulit. Bermula pada harga berpatutan RM 11.65, ia adalah pilihan yang sesuai untuk orang ramai.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

MKDS buka cawangan baharu di Putrajaya

Penyedia perkhidmatan pengurusan berat badan perubatan, Megaklinik Dr Suffian (MKDS) membuka cawangan baharu di IOI Resort City, Putrajaya dalam...

More Articles Like This