Senario tak tahu ke mana Yassin ‘menghilang’, berhubung atas urusan kerja sahaja

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

KEMUNCULAN kumpulan pelawak legenda, Senario pada majlis pengumuman Duta Jakel 2025 tanpa kelibat salah seorang anggota, iaitu Yassin Yahya mengundang persoalan ramai.

Susulan itu, ramai mula berteka-teki adakah mereka berdepan perselisihan faham sekaligus menjadi punca ketiadaan Yassin.

Wahid atau Abdul Wahid Mohamad,50, menafikan mereka sedang bersengketa sebaliknya dia sendiri tidak mengetahui di mana keberadaan Yassin.

Ujar Wahid, dia sendiri kurang jelas di mana lokasi sebenar rakan anggotanya itu disebabkan dirinya yang tinggal di luar Kuala Lumpur.

“Saya tinggal di Ipoh, Perak. Saya tak tahu apa-apa sebab saya duduk di luar Kuala Lumpur berbanding lain.

“Kami hanya berhubung mengenai urusan kerja saja. Jika ada tawaran kerja, saya akan datang ke Kuala Lumpur,” katanya kepada URTV.

Wahid berkata demikian selepas tamat majlis memperkenalkan duta dan koleksi  Raya Jakel 2025.

Selain Wahid, Senario Reunion turut dianggotai oleh Lan Pet Pet, Azlee, Pak Ya dan Saiful Apek yang juga antara duta Jakel edisi Raya Mendonia 2025.

Pada masa sama, Wahid berpendapat, ketika ini Yassin sedang merehatkan diri buat sementara waktu.

“Kami ada ‘Group WhatsApp’ tapi hanya berbincang mengenai hal kerja saja.

“Keistimewaan Senario ni bila kami semua tak mencampuri urusan yang tiada kaitan dengan kami.

“Bila selesai kerja, kami balik rumah dan dengan dunia kami sendiri tanpa masuk campur urusan orang lain.

“Mungkin juga Yassin dah banyak duit, jadinya dia pilih untuk hidup tenang,” jelasnya.

Awal Januari lalu, media melaporkan, Kedutaan Besar Malaysia di Riyadh mengesahkan penahanan seorang rakyat Malaysia di Jeddah, selepas disyaki terbabit memiliki dadah jenis ganja namun tidak mendedahkan identitinya.

Pelawak itu dilapor sedang menjalani hukuman penjara selama enam bulan di negara itu. Hukuman berkenaan dijatuhkan ketika perbicaraannya, November lalu.

Sumber dilapor berkata, pelawak itu berkemungkinan akan dibebaskan lebih awal dari tempoh yang ditetapkan sekiranya berkelakuan baik.

Dalam perkembangan lain, Senario diumum sebagai duta Jakel bagi memperhebat kempen Raya Mendonia Bersama Jakel 2025.

Selain Senario, selebriti lain yang diumum sebagai duta adalah Fattah Amin, Amira Othman, Nabil Ahmad seisi keluarga, Cik Epal, Elly Mazlein, Anzalna Nasir seisi keluarga, Sallywho seisi keluarga termasuk Upin & Ipin.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Karyawan tuntut kerajaan ambil alih kutipan royalti, mahu tamatkan kemelut 2 dekad

PERSATUAN Artis Malaysia (Karyawan) secara rasmi menuntut Kerajaan Malaysia untuk campur tangan dan mengambil alih kawalan sepenuhnya ke atas...

More Articles Like This