Tak sengaja ‘upload’ video lama isteri tanpa hijab, Nabil Ahmad akui tak pandai guna Instagram

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

ISTERI pelakon dan pengacara, Nabil Ahmad iaitu Nazirah Ayub memaklumkan kesilapan suaminya mengendalikan media sosial menjadi punca video tanpa bertudung miliknya tersebar sehingga menarik perhatian ramai.

Menurut Nazirah Ayub atau Zira, video itu adalah rakaman lama yang pernah dimuat naik di Instagram Story sebelum dia membuat keputusan untuk menutup aurat.

“Instagram selalunya ada keluarkan gambar lama (throwback), tapi tak tahu macam mana Nabil termuat naik secara tak sengaja.

“Itu video lama, jadi saya enggan bercakap sebab risau nanti isu tersebut akan jadi panjang. Orang akan menambah perkara lain pula. 

“Nabil tak tahu menggunakan media sosial, malah Instagramnya pun saya yang kendalikan. Saya dah cakap pada Nabil jangan baca komen netizen,” katanya kepada URTV.

Zira berkata demikian ketika ditemui selepas majlis pengumuman duta Jakel Raya dan kempen Raya Mendonia Bersama Jakel 2025 di Jakel Mall, Kuala Lumpur, hari ini. 

Screenshot

Nabil bersama-sama keluarganya merupakan duta jenama berkenaan bagi koleksi khas raya pada edisi kali ini.

Dalam pada itu, Nabil atau Ahmad Nabil Ahmad,42, mendedahkan apa yang berlaku itu berpunca daripada silapnya yang kurang mahir dengan media sosial.

“Saya tak reti dan tak tahu macam mana video lama tu boleh termuat naik.

“Memang akaun media sosial saya dan isteri berkongsi. Selain itu, isteri juga menjaga kedia sosial saya lain

“Selepas ini memang saya lebih berhati-hati menggunakan media sosial kerana risau anak-anak terkena tempias atas kesilapan dilakukan,” luahnya.

Pada 5 November lalu, Zira mengundang perhatian ramai apabila tampil dengan imej tidak bertudung di media sosial.

Menerusi hantaran di Instagram Story, Zira yang ketika itu berada di luar negara bersama Nabil dilihat tidak bertudung dan hanya memakai topi berwarna hitam di kepala sambil menikmati minuman.

Video itu juga memperlihatkan rambut Zira yang panjang sehingga paras dada berwarna keperangan.

Pasangan ini berkahwin pada 30 September 2011 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Naira Mikayla, 13, Layla Medyna, 10 dan Mishall Imani yang kini berusia enam tahun.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

“Saya tak kejar populariti, cukuplah lagu saya menggamit memori…,” – Jamal Abdillah bicara soal gelaran Biduan Negara

MENGHAMPIRI lima dekad mendaki puncak populariti dalam industri muzik tanah air, nama Raja Pop negara, Datuk Jamal Abdillah, tidak...

More Articles Like This