NAIB Pengerusi DAP, Nga Kor Ming menganggap martabat dirinya lebih tinggi daripada Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh.
Lantaran itu, Kor Ming berkata, beliau enggan merendahkan martabatnya melayan atau bergadung dengan Muhamad Akmal berhubung isu logo halal yang hangat baru-baru ini.
“Dari kedudukan saya, komen saya: singa tidak berdebat dengan lalat.
“Dia tidak setaraf, jadi kami tidak akan bergaduh,” kata Nga memetik wawancara eksklusif dengan China Press.
Terdahulu, Muhamad Akmal menyekolahkan Kor Ming berhubung isu sandwic ham yang dijual di KK Mart di kampus Universiti Malaya (UM) dengan menggunakan logo halal yang tidak sah.
Kor Ming sebelum itu berkata, ‘ham’ hanya merujuk kepada daging yang telah diawet dan terdapat ham ayam belanda dan ham ayam, yang sesuai untuk dimakan.
Menurut pemimpin DAP itu, menjadikan perkara tersebut sebagai isu hanya menunjukkan siapa sebenarnya yang bodoh.
Muhamad Akmal kemudian tampil menjawab bahawa ‘ham’ adalah merujuk kepada daging babi, bukannya proses pembuatan makanan.
Beliau seterusnya membidas Kor Ming dan mencadangkan menteri itu supaya merujuk definisi ‘ham’ dalam Oxford Learner’s Dictionary, yang menyatakan ia merujuk kepada daging babi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

