POLIS kini menyiasat laporan seorang wanita mendakwa gambar dirinya telah disunting dalam keadaan tidak berpakaian dan dijual di laman sosial.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang wanita tempatan, pada pukul 4.13 petang Isnin.
“Pengadu menyatakan gambarnya telah disunting dalam keadaan tidak berpakaian dan dimuat naik di aplikasi Tumblr.
“Gambar tersebut dijual dengan harga RM18 sekeping,” katanya dalam satu kenyataan.
Jelasnya, satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di talian 03-79662222.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

