Along Cham tahu isteri keguguran selepas keluar penjara – “Saya doa kalau kandungan itu milik saya, kekalkan, jika sebaliknya keluarkan”

Dari Penulis

PELAWAK Along Cham mengakui menerima berita mengenai kehamilan isterinya, Afreena Suhaimi sewaktu ditahan di penjara Sungai Buloh, Disember tahun lalu.

Along atau nama sebenarnya, Muhammad Nizamudin Ahmad, 42, bagaimanapun hanya mengetahui mengenai keguguran isterinya selepas dibebaskan daripada penjara pada Isnin.

“Saya dapat tahu perkara itu (isteri hamil) ketika berada dalam (penjara). Dia beritahu saya, tapi benda ini (soal kandungan) saya serah kepada Allah.

“Saya doa dengan Allah, kalau kandungan itu milik saya, Engkau kekalkan. Namun, jika sebaliknya Engkau keluarkan.

“Tapi, apabila dia (Afreena) kata dah keguguran, saya pun tidak tahu. Cuma, dia memang ada beritahu saya (berkenaan hamil),” katanya memetik laporan OhBulan!.

Along berkata demikian ketika ditemui di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Putrajaya, pada Selasa.

Pagi tadi, tiada angin tiada ribut, Along dilaporkan bakal memfailkan dan membuat pengesahan lafaz cerai secara taklik terhadap isterinya.

Semalam, Mahkamah Sesyen Sepang melepaskan Along tanpa membebaskan (DNAA) daripada satu pertuduhan berkaitan pemilikan dadah disyaki kanabis.

Dalam perkembangan berkaitan, Along turut dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas dua pertuduhan lain melibatkan pemilikan dan penggunaan dadah.

Hakim membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM5,000 sementara menunggu perbicaraan.

Sekadar info, Along mendirikan rumah tangga dengan Afreena, 33, pada 4 April 2024.

Sebelum itu, Along pernah berkahwin dengan bekas peserta Akademi Fantasia iaitu Zila Seeron pada Januari 2010. Namun bercerai pada Ogos 2016.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan cahaya mata lelaki, Ahmad Daniel, 14.

SUMBER: OHBULAN


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Demi masa depan, Kim K ketepikan ego, sanggup beratur panjang uji bakat Suria Records

SEMANGAT kental peserta program realiti Talk To My Manager musim kedua, Kim K dalam mengejar impian sebagai anak seni...

More Articles Like This