POLIS kini sedang mengesan dua pemandu kereta yang enggan memberi laluan kepada ambulans di Kilometer 25 Jalan Johor Bahru-Air Hitam.
Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, pihaknya mengesan video tular kejadian tersebut pada pukul 2.30 petang semalam.
Beliau berkata, dua buah kereta dipandu lelaki tempatan itu tidak memberi laluan kepada ambulans yang sedang membawa pesakit ke Hospital Sultanah Aminah.
“Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kulai kini mengesan pemandu kenderaan terbabit dan siasatan lanjut sedang dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, pengguna jalan raya diingatkan untuk sentiasa mematuhi undang-undang dan peraturan lalu lintas serta apabila mendengar atau melihat kehadiran kenderaan kecemasan seperti ambulans, polis dan bomba pastikan memberikan laluan dengan segera.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

