“Budak merajuk itu normal” – Fattah Amin ulas Fatima Aisya keluarkan kenyataan ‘I don’t love Daddy anymore’

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

“Bagi saya, benda-benda begitu sangat normal untuk seorang budak”. 

Demikian kata aktor Fattah Amin selepas diminta mengulas mengenai video anak perempuannya, Nur Fatima Aisya yang membuat kenyataan tidak menyayanginya ketika sesi siaran langsung di TikTok bersama ibunya, Nur Fazura hingga tular.

Ujar Fattah atau Abdul Fattah Mohd Amin,35, kenyataan Fatima itu adalah disebabkan anaknya merajuk selain kanak-kanak sekecil itu adakalanya mengeluarkan perkataan yang sukar dijangkakan.

Malah, katanya pada pertemuan mereka semalam, Fatima tidak menunjukkan respon seperti dalam video terbabit sebaliknya mereka lebih mesra dan meluangkan masa dengan berbual bersama.

“Biasalah budak-budak, empat tahun. Kita tak dapat jangka apa yang mereka cakapkan.

“Saya rasa dia merajuk. Malah, semalam kami berjumpa tiada pula saya lihat reaksinya seperti dalam video yang tular,” katanya kepada URTV.

Fattah berkata demikian ketika ditemui di acara Meet & Greet Duta Jakel di Shah Alam berkata, hari ini.

Sementara itu, Fattah tidak melihat hubungannya dengan anak renggang sejak bercerai dengan Fazura.

“Walaupun sekarang tidak lagi seperti dahulu, namun hubungan kami masih kuat. Saya tak nampak ada jurang antara kami. 

“Saya dan Fazura (bekas isteri) juga sebaik mungkin cuba buat Fatima faham dengan situasi sekarang,” katanya. 

Sementara itu, Fattah tidak tahu apa niat pengguna media sosial yang merakam semula video terbabit dan berkongsi di platform berkenaan.

Enggan video terbabit disalah ertikan, Fattah hanya mohon mendoakan yang terbaik untuk anak dan dirinya.

“Saya tak tahu apa niat orang yang memuat naik video itu. 

“Harap tiada lagi yang mengecam. Doakanlah yang baik-baik,” luahnya. 

Untuk rekod, Fatima adalah anak hasil perkongsian hidup Fattah bersama pelakon Nur Fazura. 

Pasangan itu berumah tangga pada 27 November 2017 dan sah bercerai talak satu pada 7 Oktober tahun lalu.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pelan Induk JS-SEZ: Bangkitkan isu bukan untuk mencela atau salahkan mana-mana pihak – Onn Hafiz

MENTERI Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menegaskan kenyataan beliau berhubung Pelan Induk Zon Ekonomi Khas Johor–Singapura (JS-SEZ) bukan...

More Articles Like This