SPRM lakukan risikan bagi kesan sindiket penyeludupan vape yang lain

Dari Penulis

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang giat menjalankan risikan bagi mengesan sekiranya terdapat sindiket lain yang melakukan penyeludupan rokok elektronik (vape).

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya yang tidak menolak kemungkinan wujudnya sindiket beroperasi di pintu masuk lain, berkata risikan dijalankan susulan kejayaan suruhanjaya itu menumpaskan sindiket penyeludupan vape di Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), baru-baru ini menerusi Ops Airways.

“Buat masa sekarang tiada tangkapan baharu. Walau bagaimanapun, terdapat pegawai kastam yang kini berada dalam radar pihak SPRM.

“Bahagian perisikan sedang giat menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti semua suspek yang terlibat,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Baru-baru ini, SPRM berjaya menumpaskan satu sindiket penyeludupan vape di Pusat Kargo KLIA,  selepas menahan 14 individu termasuk enam pegawai kastam kerana disyaki bersekongkol dalam kegiatan berkenaan. 

Sindiket itu dibongkar menerusi Op Airways yang menyaksikan semua suspek lelaki berusia 20 hingga 60-an itu ditahan dalam serbuan di sekitar KLIA dan Putrajaya, mengakibatkan negara mengalami kerugian dari segi kutipan cukai yang dianggarkan RM8 juta.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: Kempen makin panas, billboard calon PH dirosakkan pihak tertentu – Nie Ching

KEHANGATAN Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semakin terasa apabila beberapa insiden sabotaj terhadap kempen calon Pakatan Harapan (PH) dilaporkan...

More Articles Like This