Wilayah Persekutuan simbol perpaduan, kemakmuran Malaysia – Fahmi

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

WILAYAH Persekutuan disifatkan bukan sahaja menjadi pusat kepada pembangunan negara tetapi juga simbol perpaduan dan kemakmuran Malaysia.

Justeru, sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam hantaran di Facebook menyeru masyarakat khususnya warga Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan untuk terus berganding bahu memastikan kemajuan yang diraih negara ketika ini dapat diteruskan.

Pada masa sama, beliau yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata, ia turut mampu memberi manfaat kepada generasi akan datang.

“Hari ini kita memperingati penubuhan Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Labuan sebagai Wilayah Persekutuan.

“Wilayah Persekutuan bukan sahaja pusat kepada pembangunan negara, tetapi juga simbol perpaduan dan kemakmuran Malaysia.

Baca artikel lain: Chatbot AIFA diperkenal bagi perangi maklumat palsu – Fahmi Fadzil

“Marilah kita berganding bahu dan bekerjasama untuk memastikan kemajuan yang telah diraih ini berterusan serta memberi manfaat kepada generasi akan datang.

“Selamat Hari Wilayah Persekutuan!,” katanya dalam hantaran tersebut hari ini.

Hari Wilayah Persekutuan disambut pada 1 Februari setiap tahun bagi memperingati pengisytiharan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sebagai Wilayah Persekutuan dan tahun ini merupakan sambutan kali ke-21 sejak diperkenalkan pada tahun 2004.

Sambutan Hari Wilayah Persekutuan tahun ini bertemakan ‘Wilayah Persekutuan Kita’.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli MRSM: Empat disingkirkan, dua lagi digantung

EMPAT disingkirkan manakala dua lagi pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Johor digantung persekolahan selepas terbabit kes buli. Perkara...

More Articles Like This