Ia ‘menari’ apabila disimbah mentari dan mendengar muzik. Ini tumbuhan unik yang hidup di negara kita tetapi tidak dipedulikan

Dari Penulis

Bolehkah pokok menari? Wujudkah spesis tanaman sebegitu? Jawapannya, ya! Apa yang mengejutkan, pokok ini juga ada di Malaysia tetapi kebanyakan daripada kita kurang menyedari akan kehadirannya. Mungkin kerana fizikal pokok itu sendiri apabila banyak kali dilihat pun kelihatan biasa-biasa sahaja sehingga tiada sesiapa mempedulikannya.

Pokok ‘menari’ atau nama saintifiknya ‘desmodium gyrans’ hidup subur di negara-negara Asia yang beriklim tropika seperti Indonesia, India, Thailand, Malaysia, China dan lain-lain. Ia juga tumbuh di pulau-pulau yang terletak sekitar Laut Pasifik Selatan, misalnya Tahiti.

Jika spesis ini ditanam di negara yang mempunyai empat musim, ia akan mati ketika menjelma musim sejuk. Ini disebabkan pada ketika itu, spesis tersebut kurang mendapat cahaya matahari yang merupakan sumber utamanya sebagai ikhtiar hidup.

Keunikan tumbuhan ini telah dikaji oleh para saintis barat sejak lebih seratus tahun yang lalu. Salah seorang daripada mereka adalah Charles Darwin. Pada tahun 1880, beliau menulis mengenai pokok menari ini di dalam sebuah bukunya yang berjudul The Power of Movements in Plants.

Pokok menari @ desmodium gyrans. Tumbuhan ini turut ditulis oleh Charles Darwin dalam bukunya.

Pada waktu itu, para saintis menamakan tumbuhan berkenaan sebagai ‘hedysarum gyrans’. Kini, namanya telah ditukar menjadi ‘desmodium gyrans’. Di negara lain, ia juga dikenali sebagai ‘semaphore plant’ atau ‘telegraph plant’.

Mengapa pula semaphore? Apa maksudnya? Semaphore adalah satu cara untuk menghantar dan menerima sebarang berita dengan menggunakan bendera, dayung, tangan kosong atau bersama sarung tangan. Informasi yang diterima dan dihantar kemudiannya dapat dibaca melalui gerakan posisi alat yang digunakan tadi. Pergerakan yang menyerupai pokok menari inilah membuatkan namanya diambil dan diguna pakai oleh desmodium gyrans hingga sekarang.

Jika anda teringin untuk menanam pokok ini, dipersilakan. Ini kerana metod penjagaannya cukup senang. Hanya memerlukan sumber matahari dan air yang mencukupi, ia akan terus hidup dengan subur. Tidak perlu baja yang mahal untuk membela dan melihatnya menari.

Tetapi anda jangan pula berfikir pokok ini akan menari seperti manusia. Menari di sini bermaksud desmodium gyrans akan menggerakkan bahagian daunnya jika terkena pancaran matahari yang maksimum. Ia seolah-olah gembira kerana telah mendapat ‘makanannya’.

Mengapa daun pokok ini boleh bergerak saat disimbah mentari? Kerana ia melakukan proses yang diberi nama fototropisme, iaitu pergerakan tumbuhan yang dipengaruhi oleh rangsangan cahaya.

Tumbuhan ini akan melakukan pergerakan setelah ia menghadap ke arah tempat yang mempunyai cahaya matahari. Contohnya, jika matahari itu ke kanan, maka lama-kelamaan pokok ini akan turut condong ke kanan dan begitu juga sebaliknya.

Proses gerakan daun yang berlaku sekitar 20 saat.

Lazimnya tumbuhan menari ini ditanam di kawasan lapang. Oleh sebab itu ia kelihatan menegak sahaja dek kerana matahari yang berada tepat di atasnya.

Apa yang unik, pokok ini juga sukakan muzik kerana ia peka dengan getaran bunyi. Jika tidak percaya, cuba pasangkan muzik bersebelahan dengan pokok ini. Anda akan dapat melihat daunnya juga akan bergerak dengan gerakan yang tidak terlalu laju atau lambat. Mata kasar manusia pun boleh melihat pergerakannya.

Tumbuhan ini mempunyai daun besar dan kecil. Daun kecilnya boleh bergerak dan berputar dalam masa tiga hingga ke lima minit dalam satu-satu masa. Gerakan pada daun ini disebut gerakan thigmonasty atau seismonasty. Ini merujuk kepada gerakan yang datang dari sentuhan, tekanan juga getaran.

Bahagian yang menyebabkan gerakan daun pula disebut pulvinus. Ia merupakan sel-sel yang berada di bahagian bawah daun sekaligus menyebabkan daun pokok unik ini boleh bergerak dan kelihatan sedang menari. Ia juga terdapat pada tumbuhan lain seperti venus flytrap dan juga pokok semalu.

Pada waktu malam, pokok menari ini akan kelihatan tunduk terkulai layu seolah-olah seperti sedang tidur. Ini disebabkan dua faktor. Pertama, kerana ketika menjelmanya malam, proses fototropisme tidak dapat dilakukan kerana ketiadaan cahaya matahari seperti di waktu siang. Sebab kedua pula adalah kerana bahagian pulvinus itu sendiri yang cenderung untuk tunduk ketika ketiadaan sinar mentari.

Pada waktu malam pokok menari ini kelihatan tunduk layu seperti sedang tidur.

Dalam tradisi perubatan Cina, pokok ini digunakan untuk mengubati penyakit seperti sakit sendi , batuk , malaria, hepatitis dan banyak lagi. Akarnya pula mempunyai bahan antioksidan aktif yang boleh digunakan untuk rawatan penyakit berkaitan dengan tekanan oksidatif.

Selain itu, ekstrak daripada daun dan bunga tumbuhan ini juga dijadikan sebagai  inisiatif untuk merawat luka dan ia juga disimpan di hampir setiap rumah mereka yang mengamalkan perubatan tradisional Cina.

Pokok ini juga menghasilkan bunga.

_______

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Misteri Kuil Ular: Demi pelaris… Pelacur, isteri curang sanggup amal khurafat

“Bawa dua ekor ayam hitam yang berbulu hitam sepenuhnya.” Itulah antara dakwaan penduduk setempat yang sering dikaitkan dengan sebuah kuil...

More Articles Like This