SEORANG lelaki warga Myanmar maut dilanggar ketika melintas sambil menuntun sebuah basikal di Jalan Persiaran Indahpura Utama dekat Kulai, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian pada pukul 7.25 malam.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila pemandu Toyota Vios iaitu seorang lelaki tempatan berusia 26 tahun sedang bergerak di lorong kanan.
“Pemandu Vios telah melanggar seorang lelaki Myanmar berusia 29 tahun yang secara tiba-tiba melintas jalan bersama sebuah basikal.
“Akibat kemalangan, penunggang basikal mengalami kecederaan pada kepala serta badan dan telah menerima rawatan di wad kecemasan Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, pada pukl 7.22 pagi semalam, mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia dan mayat telah dibawa ke bilik mayat bagi tujuan bedah siasat.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Mohd Ruslan Mohamed di talian 013-3063710.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

