Polis siasat perhimpunan dan mogok lapar keluarga tahanan SOSMA

Dari Penulis

POLIS telah membuka kertas siasatan berhubung perhimpunan dan mogok lapar yang diadakan beberapa individu, dipercayai ahli keluarga tahanan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) di hadapan Penjara Sungai Buloh dekat sini, pagi semalam. 

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Supt Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, pihaknya mengesan perhimpunan tersebut sekitar 8.10 pagi dan mendapati seramai 40 hingga 50 individu, termasuk kanak-kanak berkumpul di lokasi terbabit sambil memegang sepanduk.

“Hasil siasatan awal mendapati tujuan perhimpunan tersebut diadakan adalah untuk mendesak kerajaan memansuhkan Akta SOSMA. Para peserta perhimpunan juga dipercayai memiliki ahli keluarga yang sedang ditahan di Penjara Sungai Buloh di bawah akta tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Susulan itu, Mohd Hafiz berkata pihaknya telah membuka satu kertas siasatan mengikut Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012, dan individu yang terbabit dalam himpunan tersebut sedang dikenal pasti untuk dirakam keterangan pada masa terdekat.

Beliau berkata penganjur perhimpunan berisiko dikenakan tindakan denda sebanyak RM10,000 sekiranya tidak mengemukakan notis kepada polis untuk mengadakan perhimpunan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut diminta menghubungi pegawai penyiasat Insp Nurliyana Shariffuddin di talian 010-8435654 atau balai polis berhampiran.

Media semalam melaporkan beberapa ahli keluarga tahanan SOSMA memulakan mogok lapar di luar Penjara Sungai Buloh sebagai bentuk protes setelah permohonan mereka untuk lawatan ditolak, serta mendesak kerajaan memansuhkan akta terbabit.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Inisiatif Smart Lane kurangkan kesesakan trafik sehingga 50 peratus

INISIATIF Smart Lane secara keseluruhannya telah menunjukkan keberkesanan yang tinggi dan berjaya mengurangkan kadar kesesakan trafik antara 30 hingga...

More Articles Like This