Langgar belakang Saga, pak cik Innova tular kutip kopiah kena saman

Dari Penulis

POLIS sahkan dua pemandu yang tular selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 20.2 Lebuhraya Utara Selatan Lingkaran Tengah (Elite), pada pukul 4 petang kelmarin telah tampil membuat laporan berhubung kejadian.

Video penuh klik link

https://t.me/infoutusantv/9177

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Deputi Superintendan Mohd Sufian Amin berkata, siasatan mendapati kemalangan berlaku apabila Proton Saga telah membrek untuk memperlahankan kenderaan kerana keadaan lalu lintas yang sesak.

Beliau berkata, kereta Saga kemudian telah dilanggar oleh sebuah teksi jenis Toyota Innova yang datang dari arah belakang.

“Akibat kemalangan, Innova mengalami kerosakan di bahagian hadapan kenderaan manakala Saga rosak di bahagian belakang.

“Pemandu Innova iaitu seorang lelaki berusia 50-an dan pemandu Saga iaitu lelaki berusia 20-an tidak mengalami sebarang kecederaan susulan kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, satu tindakan saman telah dikeluarkan atas kesalahan gagal mengawal kenderaan sehingga menyebabkan kemalangan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Sarjan Mohd Amin Azahan Saleh di talian 019-7800942.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Tuntutan penempatan tetap Rohingya sentuh kedaulatan negara – Nurulhidayah

SEBARANG tuntutan yang mewajibkan Malaysia memberikan penempatan tetap kepada pelarian Rohingya disifatkan sebagai tidak wajar. EXCO Wanita UMNO, Nurulhidayah Ahmad...

More Articles Like This