PM Anwar mahu projek tebatan banjir, basmi miskin tegar disegerakan

Dari Penulis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan usaha menjamin kebajikan rakyat seperti membasmi kemiskinan tegar dan projek tebatan banjir disegerakan.

Anwar berkata beliau meminta Perbendaharaan memberi kelonggaran supaya dapat dipercepat melalui peruntukan segera bersama Kementerian Ekonomi dan juga proses pre-queue yang lebih cepat.

Beliau berkata, ini terutamanya melibatkan projek yang melalui proses tender yang memakan masa terlalu lama.

“Mengapa kita tekankan soal tender ini, kerana saya tengok kalau kita pakai rundingan ini, kita gunakan kaedah rundingan, banyak ketelanjurannya dan ketirisannya. Jadi sebaiknya kita gunakan tender.

“Tapi tender itu kadang-kadang kalau proses biasa, akan mengambil masa terlalu panjang namun orang yang terkesan dengan banjir ini tidak mampu menunggu,” katanya ketika berucap pada majlis perjumpaan bersama warga Jabatan Perdana Menteri hari ini.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: Kempen makin panas, billboard calon PH dirosakkan pihak tertentu – Nie Ching

KEHANGATAN Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semakin terasa apabila beberapa insiden sabotaj terhadap kempen calon Pakatan Harapan (PH) dilaporkan...

More Articles Like This