KPN laksana program rapatkan jurang sosial, rai kepelbagaian rakyat – Aaron Ago

Dari Penulis

KEMENTERIAN Perpaduan Negara (KPN) mengambil pendekatan melalui pelaksanaan program berasaskan tema untuk merapatkan jurang sosial antara rakyat Malaysia, sekali gus meraikan kepelbagaian budaya, adat resam, perayaan dan warisan.

Menteri berkenaan Datuk Aaron Ago Dagang berkata segala program yang dilaksanakan adalah berdasarkan tiga objektif digariskan dalam Dasar Perpaduan Negara.

Beliau berkata objektif tersebut merangkumi pengukuhan perpaduan dan integrasi nasional yang berpandukan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara, pembentukan identiti nasional dengan semangat jati diri, patriotik, prihatin, toleransi, saling menghormati, dan bertanggungjawab serta melahirkan rakyat yang menghargai dan mengamalkan perpaduan.

Baca artikel lain: Polis tahan dua lelaki cuba seludup dadah ke Sarawak

“Bagi 2025, KPN telah mengangkat konsep Negara Bangsa dan tema ’Harmoni dalam Kepelbagaian’ sebagai fokus utama. Hala tuju tahun ini direncanakan melalui pelaksanaan empat ikhtiar utama iaitu Ekosistem Perpaduan, Inisiatif Harmoni MADANI, Eksplorasi Rukun Negara dan Komuniti Sosiobudaya,” katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Dr Halimah Ali (PN-Kapar) mengenai garis panduan untuk jabatan dan agensi kerajaan berkaitan aktiviti yang melibatkan unsur keagamaan yang boleh mencetuskan ketegangan antara kaum.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: Kempen makin panas, billboard calon PH dirosakkan pihak tertentu – Nie Ching

KEHANGATAN Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semakin terasa apabila beberapa insiden sabotaj terhadap kempen calon Pakatan Harapan (PH) dilaporkan...

More Articles Like This