Operasi Khas Maritim Malaysia: 5 Taktik Perangi Jenayah Rentas Sempadan  

Dari Penulis

Lima operasi khas Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dalam memerangi jenayah rentas sempadan wajar diberi pujian. 

Ketua Pengarahnya, Datuk Mohd Rosli Abdullah berkata, kejayaan operasi khas ini membuktikan kesungguhan Maritim Malaysia dalam memastikan perairan negara kekal selamat daripada ancaman luar.


“Maritim Malaysia komited dalam menangani ancaman maritim yang semakin kompleks dengan strategi operasi yang lebih tersusun dan penggunaan aset yang lebih efisien.

“Lima operasi khas yang dilaksanakan secara berkala telah berjaya mengekang pelbagai jenayah termasuk pencerobohan, penyeludupan dan rompakan kecil di perairan negara,” katanya dalam satu kenyataan.

Mohd Rosli berkata demikian mengulas sumbangan dan kejayaan sepanjang dua dekad APMM menjaga perairan negara.

Tambah Rosli, antara operasi yang berjaya adalah Op Jangkar Haram, yang bertujuan mengusir kapal asing yang berlabuh tanpa kebenaran.

“Operasi ini memastikan hanya kapal yang sah dan mendapat kebenaran berlabuh di perairan Malaysia, sekali gus mengelakkan kes-kes pelanggaran undang-undang maritim yang sering berlaku sebelum ini.”

Selain itu, Op Tiris memainkan peranan penting dalam membanteras penyeludupan diesel dan barangan bersubsidi yang sering menjadi sasaran sindiket antarabangsa.

“Kami sentiasa berwaspada terhadap sebarang aktiviti penyeludupan barangan bersubsidi, kerana ia bukan sahaja merugikan negara tetapi juga mengancam kestabilan ekonomi,” katanya.

Maritim Malaysia turut melaksanakan Op Guard bagi menghalang kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) Myanmar ke perairan Malaysia, yang sering menggunakan laluan laut sebagai pintu masuk utama mereka.

“PATI yang menyusup masuk bukan sahaja berisiko membawa ancaman keselamatan, malah boleh mencetuskan isu sosial yang lebih besar. Justeru, operasi ini dilakukan secara tegas dan berterusan,” tambahnya.

Dalam usaha menangani pencerobohan nelayan asing, Op Naga telah berjaya mengesan dan menahan ratusan vesel nelayan asing (VNA), terutamanya dari Vietnam.

“Pencerobohan nelayan asing bukan sahaja menjejaskan sumber perikanan negara, malah merugikan nelayan tempatan yang bergantung sepenuhnya kepada hasil laut,” katanya.

Sementara itu, Op Todak pula memberi tumpuan kepada rompakan kecil yang sering berlaku terhadap kapal dagang di perairan Johor.

“Kami mendapati aktiviti ini semakin berleluasa, justeru Op Todak dilaksanakan bagi mengekang insiden yang boleh menjejaskan sektor perkapalan negara,” jelasnya.

Mohd Rosli menegaskan bahawa kejayaan lima operasi ini adalah hasil kerjasama erat antara Maritim Malaysia dan pelbagai agensi penguatkuasaan lain termasuk

Polis Diraja Malaysia (PDRM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) serta agensi antarabangsa.

“Maritim Malaysia akan terus meningkatkan keupayaan dan keberkesanan operasi bagi memastikan perairan negara kekal selamat dan terpelihara,” katanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Briar Resources Jamin Hak 200,000 Pekebun Kecil Terpelihara Susulan Pertikaian Kontrak

PEMEGANG lesen eksklusif bagi formulasi baja Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Briar Resources Sdn Bhd (Briar Resources) telah mengambil...

More Articles Like This