Bertemakan ‘Kembara Selera Asia’, Le Quadri KL tampil dengan hidangan yang merentasi pelbagai penjuru Asia, khas untuk santapan untuk berbuka puasa sempena Ramadan tahun ini.
Di bawah seliaan Chef Ahjoy dan Mohd Ariffudin, hidangan kali ini menampilkan pelbagai makanan yang menarik. Hidangan Timur Tengah menyediakan Lamb Mandi bersama pelbagai jenis roti dan pencicah.

Hidangan dari Indonesia pula menampilkan Rendang Makasar, Udang Bakar dan Sate Ayam Indonesia. Menjenguk ke arah Jepun pula, ada pelbagai jenis sushi dan ayam teriyaki yang lembut dan juicy.
Dari India pula ada Appam (pancake tradisional dari Selatan India) dengan Varuval Ayam dan resepi istimewa Kerala Tuna Cutlets. Oh ya, tidak dilupakan hidangan Tandoori yang wajib dicicipi.

Dari Malaysia pula, ada sajian seperti Kari Ayam Nyonya, Stew Kambing Lada Hitam dan Ikan Siakap Masak Lemak. Jangan dilupa juga untuk merasai Itik Peking Cina dan Yong Tau Foo beserta mee rebus.


“Pelanggan sentiasa mencari kelainan. Jadi kami hidangkan resipi warisan daripada pelbagai tempat untuk memberi pilihan kepada pelanggan. Oleh kerana Le Quadri KL terletak di kampus UCSI University, kami percaya pengunjung dan pelajar sekitar yang datang dari pelbagai negara akan menikmati seleksi hidangan ini,” ujar Peter Padman, pengurus besar Le Quadri KL.
Bufet Ramadan ini akan bermula dari 7 Mac hingga 29 Mac 2025, hanya pada hari Jumaat dan Sabtu sahaja. Harga bermula daripada RM68 (kanak-kanak/warga emas) dan RM118 (dewasa). Tempahan awal (early bird) akan menikmati harga yang lebih murah iaitu pada RM88 (dewasa) dan RM60 (kanak-kanak).
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

