Mereka miskin, tidak suka meminta tetapi mahu diberi sesuatu. Golongan ini…

Dari Penulis

Suatu hari ketika Abu Nasr sedang menyampaikan syarahan tentang sifat qanaah atau merasa cukup dengan nikmat yang Allah beri, terdengar suatu suara daripada kumpulan orang yang berkumpul.

“Abu Nasr, engkau menolak pemberian apa pun dari orang lain. Jika engkau ikhlas dalam mengorbankan kepentingan diri mu sendiri dan benar-benar memalingkan wajah mu dari segala yang ada di dunia ini, maka ambillah pemberian kami. Dengan begitu engkau akan hilang daripada perhatian banyak orang. Kemudian, berilah kepada orang miskin apa yang engkau terima tetapi cara memberikannya secara rahsia. Kemudian tetaplah berserah kepada Allah sehingga engkau menerima makanan dari yang ghaib.”

Abu Nasr yang mendengar kata-kata itu tersenyum. Dia tahu kata-kata itu bukanlah satu tawaran atau pelawaan tapi ianya soalan yang dilontarkan secara bijak untuk dia menjawabnya.

Bukan beliau sahaja, orang ramai juga tertarik dengan kata-kata tadi. Ini kerana mereka tahu Abu Nasr bukan calang-calang orang. Walaupun hidup susah, makan tidak cukup, beliau sukar menerima pemberian orang sekeliling.

“Dengar baik-baik!” kata Abu Nasr lantang. Dia menyambung lagi, “Orang miskin terbahagi kepada tiga tingkat. Tingkat pertama terdiri daripada orang yang tidak pernah meminta-minta. Bila diberi, mereka tidak mahu. Mereka ini termasuk orang yang memiliki darjat kerohanian yang tinggi. Bila mereka berdoa Allah akan memberi keinginan mereka dengan kadar segera.

“Tingkat kedua, mereka tidak suka meminta tetapi mahu diberi sesuatu. Dan selanjutnya mereka tetap berserah diri kepada Allah setelah berusaha. Mereka orang miskin yang memiliki sikap ini ialah tergolong dalam kalangan syurga.

“Ketiganya, orang miskin yang duduk bersabar sambil menanti peluang-peluang dari orang lain. Walaupun demikian mereka menolak pujuk rayu yang menyimpang daripada agama.”

NOTA : Abu Nasr Bisyir Ibn Al- Harits Al- Hafi lahir sekitar tahun 767 Masihi. Beliau asalnya merupakan seorang yang kaya- raya dan gemar hidup berfoya-foya tetapi akhirnya bertaubat dan memilih jalan untuk hidup secara fakir. Beliau banyak mengembara dan belajar hadis di Baghdad. Beliau meninggal dunia di Baghdad sekitar tahun 841 Masihi. Abu Nasr merupakan seorang tokoh yang dikagumi oleh Imam Ahmad ibn Hambal dan Khalifah al-Ma’mun ibn Harun al-Rasyid.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Ulek Mayang, Kuda Kepang: ‘Saya rasa ada roh mahu masuk ke dalam tubuh’ – Sam Famulan 

"Saya tak takut hantu. Tapi saya takut apabila lagu itu dimainkan." Pengakuan itu kedengaran pelik, namun itulah pengalaman yang didakwa...

More Articles Like This